Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah.
Bersyukurlah ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi dua nikmat terbesar
iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman pada hari ini. Tidak lupa juga nikmat
kesihatan, yang mana dengan kesihatan tubuh badan yang baik mendorong kita
untuk melaksanakan lebih banyak perkara-perkara yang berfaedah selagi mana
tidak bercanggah dengan kehendak syarak. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabat baginda r.a.
Di kesempatan ini, ingin
saya ucapkan Selamat Datang buat mahasiswa dan mahasiswi baru sesi 2012/2013 bagi
program Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Tahniah
dan syabas kerana memilih dan terpilih untuk meneruskan perjuangan menuntut
ilmu di sini. Sungguh, pemilihan anda ke sini adalah pilihan dari Allah swt.
Siswa siswi yang
dikasihi sekalian,
Gunakanlah ‘tiket kebebasan’ di alam kampus ini untuk
terlibat aktif dalam proses menuntut ilmu dan meng’upgrade’ diri sebagai mahasiswa
UTeM yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam ilmu duniawi (keduniaan) iaitu
kejuruteraan, ICT, dan pengurusan, dan ilmu ukhrawi (akhirat). Sahabat
Rasulullah saw iaitu Saidina Ali r.a pernah berpesan, sesiapa yang menginginkan
dunia maka hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang menginginkan akhirat, hendaklah
dengan ilmu, dan sesiapa yang menginginkan kedua-duanya juga hendaklah dengan
ilmu.
Di dalam surah al-Mujadalah ayat 11, Allah SWT berfirman yang
bermaksud, “Allah akan meninggikan orang
yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa
darjat.”
Disini segalanya bermula, lakukanlah perubahan yang baik untuk
diri, keluarga dan masyarakat. Tanpa langkah pertama, kita tidak akan sampai ke mana-mana. Oleh itu, sekali lagi ucapan tahniah dan syabas buat kalian. Kedatangan kalian amat dialu-alukan. Bak kata pepatah, 'Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.' Insyaallah, kita akan bertemu nanti, terutama di program-program anjuran Badar UTeM yang mendatang.
Akhir kata, selamat maju jaya saya ucapkan dan masih belum terlambat untuk
mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua. Jangan
lupa puasa enam bagi yang belum melaksanakannya. Banyak ganjaran dan kelebihannya.
Selamat Beramal.
Dari saya,
NOR NADIA BINTI ZAKARIA,
NYDP 2 Badar UTeM 2011/2012.
"With
Ukhuwah,We Care"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan