"Dengan mengingati Allah, hati PASti akan menjadi tenang."

SUASANA SEKELILING (BIAH) RANGSANG DIRI

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Pertama dan selamanya kita bersyukur kepada Allah swt yang sentiasa memberikan nikmat kepada kita yang tidak terkira banyaknya. Moga-moga kita tergolong dalam golongan hamba-hamabaNya yang sentiasa bersyukur. Salah satu cara untuk kita membuktikan kesyukuran kita terhadap nikmat Allah swt adalah dengan cara kita menggunakan segala nikmat yang diberikan kepada kita ke arah kebaikan, ke arah keredhaanNya dan ke arah perkara-perkara yang bermanfaat sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain.

Antaranya pada saya adalah 'menjejakkan kaki' sekali lagi ke bulan Ramadhan. Segala pujian bagi Allah swt. Pastinya diri yang begitu banyak kekurangan amal ibadahnya dan banyak dosanya, Ramadhan pastinya tidak sewajarnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. 

Ramadhan, bulan pesta ibadah, bulan penuh berkat, bulan yang bersejarahkan perjuangan ummat Islam di dalam perang BADAR, menggambarkan betapa kencangnya keimanan mereka pada ketika itu. Ramadhan pertama disyariatkan kepada mereka untuk berpuasa. Dan mereka mengangkat senjata dan berlawan dengan musuh dalam keadaan mereka sedang berpuasa. Subhanallah! Mereka adalah generasi didikan Rasulullah saw.

Suasana mampu mempengaruhi diri kira. Jika suasana ketika itu, biah solehah dalam kalangan ummat Islam begitu masyhur dan dirindui, ketika ini terasa hangatnya keindahan Islam apabila berada dalam kalangan sahabat-sahabat seperjuangan. Bangun sahurnya, qiamullailnya, mathuratnya, sungguh mereka adalah wanita-wanita yang saya kagumi. Tidak sempat untuk saya bermalas rasanya, kesungguhan mereka memanfaatkan setiap ruang Ramadhan turut mendorong diri saya untuk melakukan perkara yang sama. 

Istilah 'ikut-ikut' bukan masalahnya, apa salahnya kalau ia mampu menjadi perencat untuk turut sama melakukannya? Itulah yang saya rasa setiap kali bersama dengan sahabat-sahabat BADAR. Ramadhan bersama mereka. Berbuka bersama mereka, setiap waktu solat ditemani mereka. 

Di bulan-bulan biasa, kita memberi alasan, syaitan suka kacau kita! Betul tu, syaitan dan nafsu 'bekerjasama' untuk merosakkan diri kita. Namun, di bulan Ramadhan, kita hanya ada 1 musuh. Ye, betul, nafsu juga sukar dilawan, tetapi jika dibandingkan di bulan biasa, syaitan lagi... So, lawan-lawan! Kita didik nafsu kita, jangan biarkan dia terus 'nakal'. 

Terlalu banyak ibrah yang mampu diperoleh jika kita banyak menggunakan akal kurniaan Allah ini. Akal juga adalah nikmat Allah swt yang membezakan kita dengan haiwan. Jika kita tidak menggunakan akal, serupa sahaja kita tidak memilikinya, betul? 

Akhir kata, selamat berpuasa, selamat melalui hari-hari di bulan Ramadhan ini penuh ceria, penuh bersemangat. Banyakkan istighfar, moga dosa-dosa kita diampukan oleh Allah swt. Apabila saya memberi nasihat, bukanlah saya yang terbaik. Lain orang, lain cara penulisannya di blog, saya hanya menyediakan 1 cara, jika tidak berminat, hish tiada masalah bagi saya. :) Sekadar perkongsian ringkas dari saya, moga bermanfaat. Jumpa lagi!

Semakan harian:
- Solat Sunat Tahajjud, Dhuha, Hajat, Taubat, Witir, Rawatib dan sebagainya
- Baca Al-Quran, Mathurat dan sebagainya
- Solat Fardhu secara berjemaah, khusyuk dan sebagainya
- Kulimin, Tazkirah, Baca buku ilmiah, Dengar IKIM, Dengar ceramah agama di You-tube, dan sebagainya

'Cer sebut' 10 Sahabat Rasulullah Dijamin Syurga


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua pembaca yang saya hormati.

Karnival Penghayatan Islam III (KPI III) masih in progress. Dari masa ke semasa, masih dalam usaha ke arah pelaksanaan. Sahabat-sahabat yang sentiasa menghulurkan bantuan, kerjasama yang dihulur tidak jemu-jemu diberikan oleh para penggerak KPI III ini. 

Dalam pada itu, tidak dinafikan tekanannya tetap terasa. Namun, kata-kata sokongan sahabat-sahabat dan doa mereka pastinya memberi perangsang buat jiwa meneruskan langkah. Di kala saya jatuh, mereka berusaha gagah, dan di kala giliran mereka rebah, giliran saya pula untuk menggapai tangan mereka. Begitulah suasana perjuangan bersama sahabat-sahabat dalam jalan dakwah. Saling lengkap melengkapi, berganding bahu dalam suasana ukhuwah Islamiyah yang tiada jemu.

Merebahkan diri seawal mungkin malam kelmarin membolehkan saya bangkit di awal pagi. Berziarah seketika ke group Badar UTeM d laman sosial Facebook. Tertarik dengan perkongisian seorang adik, Dzunnur Bintu Fmk, salah seorang ahli Badar UTeM yang aktif, berkongi dalam postnya satu dialog seperti berikut : 

Siti:adik minat k-pop?

Nur:Haa..k-pop? minat,minat,minat..*_*
Siti:Siapa artis-artis k-pop yg adik kenal?
Nur:Ish,ramai kak,lee min ho,hyun bin,kim hyun joong,siwon,bla,bla...
Siti:wah,ramai jugak ye artis k-pop yg adik kenal?
Nur:hehe..biasalah kak,peminat setia k-pop lah katakan..
Siti:Ooh..akak nak tanya lagi boleh?
Nur:Boleh kak..akak nak tanya pasal apa lagi,pasal artis k-pop lagi ke?
Siti:hmm..tak lah..pasal lain pulak..
Nur:pasal apa kak?
Siti:hmm..adik tau tak siapa 10 sahabat nabi yang dijamin masuk 
Syurga?
Nur:err..aa..hihi..tak tau lah kak..


Jika diminta, saya sendiri pun gagal menyenaraikan 10 nama sahabat ini, walhal saya tidak juga mengenal artis-artis K-pop atau seangkatan dengan mereka. Alhamdulillah, media massa kini seperti laman-laman sosial, radio, televisyen akhbar dan banyak lagi media telah banyak dimanfaatkan sebagai medium dakwah, medium tarbiyah buat ummah pada hari ini. Cuma, tinggal kita mahu atau tidak memanfaatkannya untuk kebaikan diri kita. 

Dan berikut adalah 10 nama sahabat yang dijanjikan syurga:
1) Abu Bakar As-Siddiq
2) Umar Bin Al-Khattab
3) Uthman Bin Affan
4) Ali Bin Abi Talib
5) Talhah Bin Ubaidillah
6) Zubair Bin Al-Awwam
7) Abdul Rahman Bin Auf
8) Saad Bin Abi Waqqas
9) Said Bin Zaid
10) Abu Ubaidah Al-Jarrah


Moga kita dapat mencontohi mereka, sahabat-sahabat Rasulullah saw dalam usaha untuk memburu keredhaan Allah swt dalam kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Insyaallah.

Semakan harian:
- Solat Sunat Tahajjud, Dhuha, Hajat, Taubat, Witir, Rawatib dan sebagainya
- Baca Al-Quran, Mathurat dan sebagainya
- Solat Fardhu secara berjemaah, khusyuk dan sebagainya
- Kulimin, Tazkirah, Baca buku ilmiah, Dengar IKIM, Dengar ceramah agama di You-tube, dan sebagainya

Meneruskan Jejak "Blogging"


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua pembaca yang saya hormati.

Segala pujian bagi Allah (Alhamdulillah), mujahidah2u.blogspot.com adalah blog kedua milik saya setelah nadiamujahidah.blogspot.com. Tanpa disedari, mungkin setahun sudah saya bergelar blogger. Belajar dan terus belajar dari orang-orang lama, antaranya Nanie Mujahidah di laman blognya nukilanmujahidah.blogspotcom, agar dapat memanfaatkan segala ruang yang ada untuk terus melangkah dalam medan dakwah ini.

Mungkin ada dalam kalangan pembaca tidak mengenal diri saya lagi, insyaallah, salam perkenalan. Boleh panggil saya Nadia. Di sini saya tampil dengan lebih yakin, lebih serius mencapai tujuan semakin jelas, blog nadiamujahidah2u.blogspot.com hadir untuk anda, malah yang lebih penting adalah untuk diri saya sendiri. Penulisan akan terus wujud, dan saya pula pasti akan pergi suatu hari nanti. Walau sebesar zarah amal kita di dunia, pasti ada perhitungannya di akhirat. Dan begitu juga dengan amal buruk, walau sebesar zarah juga akan dihitung di akhirat kelak.

Blog merupakan salah satu ruang tempat kita berkata-kata. Setiap apa yang dikata, pasti akan diuji pada diri kita juga. Itu petanda Allah sedang mendidik kita untuk melaksanakan apa yang kita kata. Walaubagaimanapun, saya bukan insan sempurna, yang baik ambillah untuk diamalkan, yang tidak baik ambillah sebagai tauladan. Doakan kita bersama memperoleh redha dan sentiasa dalam rahmat Allah swt hendaknya. Moga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang soleh. 

Teruskan membaca, jumpa lagi.
Nadia Mujahidah, Badar UTeM.

Semakan harian:
- Solat Sunat Tahajjud, Dhuha, Hajat, Taubat, Witir, Rawatib
- Baca Al-Quran dan Mathurat
- Solat Fardhu secara berjemaah dan khusyuk
- Kulimin, Tazkiah, Baca buku ilmiah, Dengar IKIM, Dengar ceramah agama di You-tube