Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Alhamdulillah.. jari letak di hidung, ada nafas lagi, maknanya Allah beri lagi
nikmat untuk bernafas, dipanjangkan usia untuk memperbaiki diri lagi.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, nikmat Allah yang tidak terhitung
banyaknya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, keluarga
dan para sahabat baginda.
BERTEMU BEKAS GURU SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA JOHOR BAHRU SEKETIKA
Suatu hari saya bertemu seorang
guru yang saya sangat rindui bual bicaranya, nasihatnya, yang saya panggil
namanya Ustaz Hakim. Sejak saya meninggalkan sekolah, Ustaz Hakim rajin sungguh
menghubungi anak-anak muridnya termasuklah saya. Namun, saya sangat terkilan
kerana saya sendiri yang sudah lama tidak menghubungi Ustaz Hakim. Ustaz sering
bertanya khabar sekurang-kurangnya setahun sekali sejak 2008 saya meninggalkan
sekolah! Sikapnya bagaikan satu gambaran bahawa dia bukan hanya seorang guru, malah
seorang pendidik, yang banyak membentuk sikap saya dan menegur kekurangan saya
sebagai seorang anak muda.
Selepas saya meninggalkan
sekolah, ustaz mengalami masalah mata. Setelah sekian lama tidak bertemu,
akhirnya diizankan Allah untuk bertemu dengan ustaz di mana dia sedang bertugas
iaitu Sek Men Keb Sri Menanti, Muar. Sedih melihatkan keadaan ustaz. Mohon
kalian doakan ustaz saya agar dapat kembali melihat semula. Penglihatannya
begitu kabur.
“Doakanlah saya supaya dapat
melihat semula. Saya teringin sangat nak baca quran. Saya bayangkan wajah awak
ni masa sweet 17th lagila..”
seloroh ustaz buat saya tersenyum lebar disamping airmata yang bergenang.
Permintaannya sama seperti semasa dia menghubungi saya, katanya rindu mahu
membaca al-Quran.
“Akhlaknya sama ye macam dulu?
Masih pakai tudung labuh lagikan?” sayu hati saya mendengar bicara Ustaz Hakim.
Gambar bersama Ustaz Hakim di Langkawi. Ketika ini Ustaz masih mampu menikmati keindahan pemandangan di sini.
Kerana kepercayaan sekolah dan usaha Ustaz, saya ke sana bersama Ustaz dan seorang lagi wakil dari kalangan pelajar lelaki.
Ketika Abang Raja Shamri datang ke sekolah, saya sebagai pengarah program.
MUHASABAH AKHLAK
Pada 25 Januari yang lalu, saya
mengikuti program bersempena maulidurrasul di SMKAJB. Bagaikan suatu hikmah
menjentik hati memuhasabah diri, sejauh manakah peranan yang telah saya mainkan
sebagai bekas pelajar sekolah agama di dalam masyarakat hingga ke hari ini?
Di sekolah, saya merupakan salah
seorang ahli Badar. Badar? Ya, Badar, Badan Dakwah & Rohani.
“Apa beza yang Badar dengan bukan
Badar ek?” lucu pula bila teringat soalan yang saya tujukan kepada salah
seorang pelajar tingkatan 5 semasa aktiviti explorace.
Sudah 6 tahun berlalu, sekolah tersebut menjadi memori. Kini pandangan saya
berubah. Bagi saya, mereka ahli Badar sekolah ataupun tidak, mereka semua
adalah Badar. Ya, di kampus, seharusnya merekalah yang menganggotai badan-badan
dakwah!
“Owh saya kenal akak..” semasa
berbual dengan salah seorang alumni generasi di bawah saya. Alangkah tidak
pekanya saya tidak mengenali adik ini.
“Owh kenal eh? Yang selalu
marah-marah kat atas kan?” perbualan kami ketika itu di surau sekolah. Surau
sekolah memang besar, selesa, dan menjadi tempat kami solat berjemaah
bersama-sama setiap waktu solat. Herm, ya, setiap waktu solat, rindunya.
“Haah kak, hehe,” dia tersengih.
Saya juga tersengih, tapi tersengih kelat. Terbayang. Mempersoalkan. Muhasabah.
‘Apalah aku ni, masa tu marah-marah, buruknya.’
JANGAN MUDAH MARAH, MILIKI JIWA
YANG TENANG
Di dalam Kuliah Zohor di
TVAlhijrah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Radhi Bin Abdul Ghani mengatakan,
sedangkan Islam mengajar kita untuk berakhlak tenang, tidak mudah marah. Hidup
yang tenang akan tenteram. Kerana itu, Islam mengajar kita untuk berakhlak
sedemikian.
Sewaktu di sekolah, (hatta
mungkin juga sekarang), ramai yang apabila pertama kalinya bertemu dengan saya
mengatakan saya ini garang, takut nak mula sapa. Allahu.. biasanya saya yang
mulakan ‘sesi perkenalan’ bersama teman-teman baru. First impression.
Sebenarnya, apabila kita tidak
mudah marah, kita akan mudah didekati. Namun, bagaimana untuk kita mengawalnya?
Pertama, bila rasa nak marah,
ucapkan isti’azah atau ta’awuz iaitu A’udzubillahi minasy syaithanir rajim yang bererti aku memohon perlindungan
kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Kita perlu mengucapkannya dengan penuh
penghayatan dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan perlindungan.
Ketika aku sedang duduk bersama
Nabi saw, dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang dari mereka
menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul keluar. Maka Nabi saw
bersabda: “Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya
kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah A’udzubillahi
minash syaitan, nescaya kemarahannya akan hilang. [Dikeluarkan oleh
al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no:
3282 (Kitab Bad’I al-Khalq, Bab sifat
iblis dan tenteranya]
Kedua, bersegeralah berwuduk.
Kerana lawan api adalah air.
“Kemarahan itu dari syaitan,
sedangkan syaitan tercipta dari api, api hanya boleh padam dengan air, maka
kalau kamu marah, berwuduklah.” [HR Abu Daud]
Ketiga, jika sedang berdiri,
duduklah. Jika sedang duduk, berbaringlah.
Al-imam Ahmad dan Abu Dawud
meriwayatkan hadis dari Abu Dzar bahawa Nabi saw bersabda: “Apabila salah
seorang di antara kalian marah dalam keadaan berdiri duduklah, jika belum
hilang maka berbaringlah.”
Dalam riwayat Abu Said al-Khudri
Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik orang adalah yang tidak mudah marah dan
cepat meredhai, sedangkan seburuk-buruk orang adalah yang cepat marah dan
lambat meredhai.”
SALAM. TEMAN BARU DISINI. TERINGAT SAYA KEPADA KAWAN2, GURU2 ZAMAN PERSEKOLAHAN > > >http://belogcharm.blogspot.com/2013/02/segmen-kenal-mengenali-sesama-blogger.html
BalasPadamsalam... meh sinngah kt blog sy meh hihi http://jiejie90.blogspot.com/ nk follow pun boley
BalasPadam