DENGAN
NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Assalamualaikum
wbt dan selamat sejahtera
Kabare?? Imannya?
Jasadnya? Mudah-mudahan kedua-duanya dalam keadaan sihat hendaknya. Amin-amin.
Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi saw, ahli keluarga dan sahabat
baginda keseluruhannya. Syukur kepada Allah swt atas segala nikmat yang
dikurniakan kepada kita walau dalam apa jua bentuknya.
TAHNIAH
Adakala, bila saya
menulis entri tentang isteri, ada dalam kalangan sahabat pembaca dalam nada
gurau mungkin, bertanya bila turn
saya pula? Bila saya menulis entri tentang keibubapaan, ada yang kata, “kahwin
pun dak lagi,”. Hehe.
Tuan puan, sahabat
pembaca yang saya hormati sekalian, bukankah kita seharusnya mempelajari
sesuatu perkara sebelum masanya tiba? Dengan ilmu yang lengkap tersedia dalam
diri maka insyaallah kita akan memasuki
alam tersebut dalam keadaan yang lebih baik dengan ilmu. Dengan ilmu akan
menjadi penyuluh perjalanan kita melaluinya. Dengan ilmu, pastinya akan lebih
terpandu.
Alhamdulillah,
akan lahir dan telah lahir lagi bakal-bakal generasi masa depan dari kalangan
sahabat-sahabat, saudara mara terdekat mahupun saudara mara seIslam. Selamat
memulakan tugas buat ibu bapanya kita ucapkan. Mudah-mudahan Allah permudahkan
urusan kalian.
KEBIJAKSANAAN ATAU
KEKUATAN FIZIKAL?
Ingin saya kongsikan
suatu detik dari kehidupan saya sebagai manusia biasa ini, pada suatu hari, “Nadia
bawak black warrior esok,” kata
seorang sahabat muslimin. Saya
mengangguk sahaja. Sahabat-sahabat yang lain kelihatan excited. Saya pula kehairanan.
“Kenapa? Kereta Hilux ni yang mana?” hehe.. Bab-bab
kereta saya agak fail sedikit. Kurang
update. Bila dapat tahu Hilux ni yang mana.. Allahurabbi.. Siyes saya
kena bawak? Besau!
“Taknaklah. Besar
sangat,” saya meletakkan kunci di atas meja di mana seorang sahabat sedang
duduk.
“Lar kenapa? Tak ley start enjin?” Lalu diajarkannya.
Sungguh-sungguh benar disuruhnya mencuba. Allahurabbi..
larat ke?
Keesokannya, saya
memang benar-benar drive Hilux. Bagai
dalam mimpi, bukan hanya Hiluxnya
sahaja, malah di’angkut’ sekali dengan beberapa orang jejaka di bahagian
belakang untuk ke pantai.
Sewaktu memandu saya
tersenyum kerana saya terfikir, rupanya kebijaksanaan boleh atasi kekuatan
fizikal. Jika menurut akal, laratkah saya memandu Hilux yang sedia besar, kemudian diangkut golongan lelaki yang
pastinya berat..
Namun, apabila
difikirkan semula, saya hanya perlu mengimbangkan clutch dan minyak sepertimana yang sepatutnya. Jika dalam keadaan
ringan mungkin gear 2 sudah memadai,
namun berat sedikit beban dibawa, maka tukarkan sahaja ke gear 1 jika ‘tak makan’ untuk bergerak. Hey, its easy, just need KEBIJAKSAAN to control that! Right?
URUS ANAK-ANAK PERLU
KEBIJAKSANAAN
Saya yang belum
berkahwin, belum memiliki anak-anak, belum bekerja, dan sepastinya belum
bergerak aktif dalam masyarakat luar, adakalanya merasa risau. Mampukah saya
nanti dibebankan dengan amanah dalam sebuah syarikat, kemudian jika ada jodoh
berkahwin, yang bermaharkan tanggungjawab mengurus rumahtangga, yang akan
menguruskan makan minum suami dan anak-anak. Kemudian dengan keluarga yang
sedia ada, pastinya ada lagi yang tidak selesai malah bertambah
tanggungjawabnya. Mampukah saya terlibat aktif dalam organisasi masyarakat di
luar?
Begitu saya kagum
dengan kalian yang telah menempuhi semua itu dan mampu mengurus segalanya
dengan baik. Jujur saya merasakan ianya bukan mudah! Namun kalian berjaya
membuktikan. Mungkin juga ada yang mengatakan, “saya belum berjaya menguruskan
segalanya dengan baik” tetapi saya yakin anda akan terus mencuba.
Bayangkan kita seorang
ibu kepada 10 anak dan aktif sebagai seorang ahli politik, jadi bagaimana akan
kita uruskan hal ehwal keluarga dan rumah tangga? Mungkin dia ada kekurangannya
namun dapat dicontohi dari sudut kebijaksanaan beliau menguruskannya.
Ketua Dewan Muslimat
PAS Pusat (2011-2013 setakat ini), Siti Zailah Mohd Yusoff mengurus masa dengan
mewujudkan kerjasama dalam kalangan anak-anak beliau. Beliau menyusun tugasan
buat anak-anak dengan mewujudkan giliran seperti memasak, jemur kain, sapu
sampah dan kemas laman rumah. Sejak kecil anak-anak telah diajar berdikari seperti
menggosok baju sendiri. Subhanallah, bagi saya, hal ini dapat membentuk
peribadi dan anak-anak itu sendiri.
Ada juga pernah dikongsikan
pada saya, dari seorang penggerak di Tebrau, beliau membahagikan masa hariannya
kepada beberapa bahagian, ada waktu bekerja, ada waktu bersama anak-anak, ada
masa juga bergerak kerja. Hariannya begitulah. Yang pasti, tersusun dan bijak
menguruskannya. Emosi juga harus diurus. Perempuankan, kadang-kadang dah penat
rasa nak ngamuk dan membebel aje kan? J
KEBIJAKSANAAN DZATUN
NITHAQAIN
Abdullah bin Zubair,
membicarakan tentang umminya, Asma’ Binti Abu Bakar, "Aku belum pernah
melihat wanita yang sangat pemurah melebihi ibuku termasuk Aisyah Radhiallahu
anha. Beliau (Aisyah) mengumpulkan apa yang diperolehinya sedikit demi sedikit,
lantas setelah itu barulah dinafkahkannya kepada mereka yang memerlukannya.
Sedangkan ibuku, dia tidak pernah menyimpan sedikit pun sehingga hari esok."
Dzatun
nithaqain, gelaran khusus buatnya yang diberikan oleh Rasulullah
yang bermaksud "wanita yang mempunyai dua tali pinggang" kerana keberanian
Asma' yang berperanan sewaktu peristiwa Hijrah. Susuk tubuh muslimat ini bukan dari
calang-calang orang. Dari rahimnya telah lahir Abdullah Bin Zubair, seorang
anak muda yang berkualiti, merupakan generasi yang mencintai Allah dan Rasul
lebih dari segala-galanya, merupakan cetakan peribadi generasi yang siap
berjuang membela Islam dan kalimah Lailahaillah Muhammad Rasulullah! Anak muda
ini dibentuk hasil dari ‘air tangan’ seorang wanita yang begitu memahami
peranannya dalam melahirkan generasi penyambung rantai perjuangan Islam.
Ketika pertemuan
terakhir dua beranak ini, yang saling menumpahkan kasih semata-mata kerana
mencintai Allah swt, Abdullah memberi salam buat ibunda dan berhajat untuk
bermusyawarah tentang suatu permasalahan.
“Tenteraku banyak
meninggalkanku. Mereka membelot dariku ke pihak musuh. Mungkin kerana mereka
takut terhadap Hajjaj atau mungkin juga kerana mereka menginginkan sesuatu yang
dijanjikannya sehingga anak-anak dan isteriku sendiri berpaling daripadaku.
Sedikit sekali jumlah tentera yang tinggal bersamaku. Sementara utusan Bani
Umayyah menawarkan kepadaku apa saja yang kuminta berupa kemewahan dunia asal
saja aku bersedia meletakkan senjata dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik
bin Marwan sebagai khalifah. Bagaimana pendapatmu wahai ibu?” luah si anak.
“Terserah kepadamu
Abdullah! Bukankah engkau sendiri yang mengetahui tentang dirimu? Jika engkau
yakin bahawa engkau mempertahankan yang haq dan mengajak kepada kebenaran, maka
teguhkanlah pendirianmu sepertimana para perajuritmu yang telah gugur dalam
mengibarkan bendera agama ini! Akan tetapi, jika engkau menginginkan kemewahan
dunia, sudah tentu engkau adalah seorang anak lelakiku yang pengecut! Dan
bererti engkau sedang mencelakakan dirimu sendiri dan menjual murah harga
kepahlawananmu selama ini, anakku!” tegas Asma’.
Abdullah membalas, “Akan
tetapi, aku akan terbunuh hari ini ibu.”
Dengan yakin Asma;
berkata,”Itu lebih baik bagimu daripada kepalamu akan dipijak-pijak juga oleh
budak-budak Bani Umayyah dengan
mempermainkan janji-janji mereka yang sangat sukar untuk dipercayai!”
“Aku tidak takut mati,
Ibu. Tetapi aku khuatir mereka akan mencincang dan merobek-robek jenazahku
dengan kejam!” Abdullah berterus terang.
Diyakinkan oleh Asma
bahawa, “Tidak ada yang perlu ditakuti perbuatan orang hidup terhadap kita
sesudah kita mati. Kambing yang sudah disembelih tidak akan merasa sakit lagi
ketika kulitnya dikupas orang!”
“Semoga Ibu diberkati
Allah. Maksud kedatanganku hanya untuk mendengar apa yang telah kudengar dari
ibu sebentar tadi. Allah Maha Mengetahui, aku bukanlah orang yang lemah dan
terlalu hina. Dia Maha Mengetahui bahawa aku tidak akan terpengaruh oleh dunia
dan segala kemewahannya. Murka Allah bagi sesiapa yang meremehkan segala yang
diharamkanNya. Inilah aku, anak Ibu! Aku selalu patuh menjalani segala nasihat
Ibu. Apabila tewas, janganlah ibu menangisiku. Segala urusan dari kehidupan
Ibu, serahkanlah kepada Allah!” bicara sang perwira.
“Yang ibu khuatirkan
andainya engkau tewas di jalan yang sesat,” kata Asma’.
Abdullah meyakinkan, “Percayalah
Ibu! Anakmu ini tidak pernah memiliki fikiran sesat untuk berbuat keji. Anakmu
ini tidak akan menyelamatkan dirinya sendiri dan tidak memperdulikan
orang-orang Muslim yang berbuat kebaikan. Anakmu ini mengutamakan keredhaan
ibunya. Aku mengatakan semua ini di hadapan ibu dari hatiku yang putih bersih.
Semoga Allah menanamkan kesabaran di dalam sanubari Ibu.”
“Alhamdulillah! segala
puji bagi Allah yang telah meneguhkan hatimu dengan apa yang disukaiNya dan
yang Ibu sukai pula. Rapatlah kepada Ibu wahai anakku, Ibu ingin mencium baumu
dan menyentuhmu. Agaknya inilah saat terakhir untuk ibu memelukmu..."
PENUTUP
Saya yang berbicara
bukanlah bererti saya yang terbaik. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga
usaha kita untuk menjadi ibu yang cerdik dapat ditingkatkan. Even tak jadi ibu pun, kita adalah daie.
Untuk menggapainya perlukan perngorbanan. Semakin pahit pengorbanan, semakin
manis kejayaan. Korbankan ‘Ismail’mu. J
Sekiran, wassalam.
BOLEH BACA JUGA DI LINK
BERIKUT:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan