"Dengan mengingati Allah, hati PASti akan menjadi tenang."

GST sebagai 'pukat tunda'?

1. Harakahdaily | 30/10/2013 | Hutang isi rumah yang kini menjangkau sehingga 700 bilion sudah tentu akan memberi kesan ke atas pembayaran pinjaman yang akan meningkat dengan adanya GST. Sebelum itu, Dr Mariah turut menegur kerajaan yang bertindak membentangkan bajet pada Jumaat lalu, tanpa memikirkan waktu solat Asar.

2. SinarHarian | 01/06/2013 | Menurut Timbalan ketua Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nor Ghani Md Nor, pelaksanaan GST memerlukan makanisme yang terbaik bagi membolehkan golongan pertengahan dan miskin tidak dibebankan apabila dilaksanakan kelak. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, selain menjana pendapatan negara, pelaksanaan GST itu juga adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan cukai korporat dan cukai peribadi.

3. Facebook@SayaBenciHargaBarangNaik | 12/05/2013 | Tidak Ada Cukai Yang Tidak Membebankan. Jika namanya "cukai" maka rakyat selaku pengguna perlu membayar sejumlah nilai yang telah ditetapkan.


BACA LAGI :
1. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/23110-gst-sebagai-pukat-tunda--dr-mariah
2. http://www.sinarharian.com.my/nasional/pelaksanaan-gst-luaskan-kutipan-cukai-namun-bebankan-rakyat-miskin-1.166402
3. https://www.facebook.com/notes/saya-benci-harga-barang-naik/apa-itu-gst-dan-kesannya-pada-kita/173218662732664?comment_id=1938150

TETAP TAK MOH GST

Berikutan Bajet 2014 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, seperti yang saya sendiri nanti-nantikan ada pelbagai respon dan penerangan yang diberikan melalui media khususnya yang berbentuk penulisan. 

Sebagai rakyat, tanpa mengira batasan kefahaman politik, saya juga berharap ianya tidak dilaksanakan. Saya faham, bukan mudah untuk menguruskan kewangan negara. Namun, saya masih berharap agar ianya tidak akan dilaksanakan dan digantikan dengan cara yang lebih baik untuk mengatasi masalah ekonomi negara. 

1. Harakahdaily | 26/10/2013 | “Pengurangan subsidi dan kini GST bukan penyelesai kepada masalah ekonomi negara yang berpunca daripada sikap boros kerajaan berbelanja,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

2. HasbieMuda@FB | 25/10/2013 | "Kerajaan kata ia bagus kerana GST tidak dikenakan pada barangan keperluan asas. Justeru kelompok berpendapatan rendah tidak akan terjejas. Tetapi kerajaan semacam tidak faham bahawa kenaikan dalam barangan lain yang bukan asas juga akan mengheret ekonomi kepada inflasi (teori domino)."

3. mStarOnline | 25/10/2013 | Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menurunkan kadar cukai kepada golongan kaya dan pelabur tetapi pada masa sama akan melaksanakan sistem cukai baharu yang akan memberi kesan kepada rakyat.


BACA LANJUT:
1. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/23015-mengapa-pas-bantah-gst
2. https://www.facebook.com/hasbiemuda/posts/10201044868749236
3. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/10/25/mstar_berita/20131025200201&sec=mstar_berita

UTUSAN MALAYSIA MOHON MAAF

1. 24/10/2013 | Harakahdaily | Utusan Malaysia hari ini membuat permohonan maaf kepada Senator Syed Husin Ali sebagai sebahagian daripada syarat penyelesaian kes tuntutan saman yang dikenakan terhadap akhbar harian Melayu itu oleh bekas Timbalan Presiden PKR berkenaan. 

2. 24/10/2013 | TheMalaysianInsider | Dalam penyata tuntutannya, Syed Husin berkata, Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk “RM500,000: Syed Husin dicabar lapor polis” yang berbentuk fitnah terhadapnya. 

3. 24/10/2013 | MediaSelangorku | Katanya, Utusan memohon maaf dalam penyelesaian saman fitnah akhbar terbabit terhadapnya berhubung tuduhan fitnah bahawa beliau menerima RM500,000 untuk membubarkan Parti Rakyat Malaysia dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada awal tahun 2000.



BACA LANJUT:
1. http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/22975-dah-serik-kena-saman-berjuta-utusan-mohon-maaf

2. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/utusan-malaysia-mohon-maaf-kerana-fitnah-syed-husin-ali

3. http://www.selangorku.com/?p=36489&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=utusan-malaysia-digesa-lebih-beretika

'HUDUD' KINI DI BRUNEI


1. 23/10/2013 | Harakahdaily | Brunei laksana kanun jenayah syariah semalam | "Dengan izin Allah juga, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.Dengan ini Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggung jawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai. Undang-Undang Allah disyari’atkan, bukanlah untuk kepentingan-Nya sendiri," titah Sultan Hassanal Bolkiah.

2. Jabatan Mufti Negeri Melaka | www.al-azim.com | Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

3. 30/08/2012 | ProfMaza | Isu hudud dalam negara kita sering kali dipolitikkan atas pelbagai kepentingan. Ketidaksetujuan itu boleh ditafsirkan atas pelbagai alasan; ada yang munasabah dan ada yang tidak munasabah. PAS sejak dahulu menyebut tentang perlaksanaan hudud sehingga kelihatan pada mata umum PAS dan hudud bagaikan isi dan kulit. Seolah-olah matlamat utama kenegaraan PAS ialah menegakkan hudud.

FAHAMI LANJUT DI:




BANTAH GST

1. 22/10/2013 | Harakahdaily | Dewan Pemudah Pas Malaysia & NGO akan menganjurkan himpunan membantah cukai barangan & perkhidmatan (GST) sempena pembentangan Bajet 2014, Jumaat ini.

2. 20/03/2013 | Youtube@mediarakyat | Cukai sepatutnya mengikut kemampuan rakyat itu sendiri berdasarkan pendapatan mereka.

LAGI DAN LAGI:
1. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22918-bantah-gst-di-laluan-masuk-parlimen-jumaat-ini
2. https://www.youtube.com/watch?v=Z4WHi6xBs4E

BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT

1. 20/10/2013 | Harakahdaily | Belanjawan Pakatan akan memberi fokus untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat dalam menghadapi krisis ekonomi negara. Kita mungkin akan hadapi krisis dengan hutang meningkat, pelaburan yang berkurangan, harga barang yang meningkat dan beban kepada rakyat juga akan bertambah. 

2. 21/10/2013 | MediaSelangorku | Ekonomi global pada 2014 diramalkan akan meningkat berbanding 2013. Ramalan IMF (4.0% vs 3.3%), World Bank (3.0% vs 2.2%) dan OECD (4.0% vs 3.1%). Belanjawan PR kali ini dirangka berdasarkan kepada 3 teras utama: Pengukuhan Kedudukan Fiskal Negara dan Pemerkasaan Kewangan Awam, Pembangunan Ekonomi yang Seimbang, Inklusif dan Mampan serta Peningkatan Kesejahteraan dan Kualiti Hidup Rakyat.

BACA LAGI :
1. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22865-pakatan-rakyat-bentang-belanjawan-2014-esok

2. http://www.selangorku.com/?p=36201&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rencana-ringkasan-bajet-pakatan-rakyat-2014



MENJADI ‘UMMI’ BIJAKSANA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Kabare?? Imannya? Jasadnya? Mudah-mudahan kedua-duanya dalam keadaan sihat hendaknya. Amin-amin. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi saw, ahli keluarga dan sahabat baginda keseluruhannya. Syukur kepada Allah swt atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita walau dalam apa jua bentuknya.

TAHNIAH

Adakala, bila saya menulis entri tentang isteri, ada dalam kalangan sahabat pembaca dalam nada gurau mungkin, bertanya bila turn saya pula? Bila saya menulis entri tentang keibubapaan, ada yang kata, “kahwin pun dak lagi,”. Hehe.

Tuan puan, sahabat pembaca yang saya hormati sekalian, bukankah kita seharusnya mempelajari sesuatu perkara sebelum masanya tiba? Dengan ilmu yang lengkap tersedia dalam diri maka insyaallah kita akan memasuki alam tersebut dalam keadaan yang lebih baik dengan ilmu. Dengan ilmu akan menjadi penyuluh perjalanan kita melaluinya. Dengan ilmu, pastinya akan lebih terpandu.

Alhamdulillah, akan lahir dan telah lahir lagi bakal-bakal generasi masa depan dari kalangan sahabat-sahabat, saudara mara terdekat mahupun saudara mara seIslam. Selamat memulakan tugas buat ibu bapanya kita ucapkan. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kalian.

KEBIJAKSANAAN ATAU KEKUATAN FIZIKAL?

Ingin saya kongsikan suatu detik dari kehidupan saya sebagai manusia biasa ini, pada suatu hari, “Nadia bawak black warrior esok,” kata seorang sahabat muslimin. Saya mengangguk sahaja. Sahabat-sahabat yang lain kelihatan excited. Saya pula kehairanan.

“Kenapa? Kereta Hilux ni yang mana?” hehe.. Bab-bab kereta saya agak fail sedikit. Kurang update. Bila dapat tahu Hilux ni yang mana.. Allahurabbi.. Siyes saya kena bawak? Besau!

“Taknaklah. Besar sangat,” saya meletakkan kunci di atas meja di mana seorang sahabat sedang duduk.

“Lar kenapa? Tak ley start enjin?” Lalu diajarkannya. Sungguh-sungguh benar disuruhnya mencuba. Allahurabbi.. larat ke?

Keesokannya, saya memang benar-benar drive Hilux. Bagai dalam mimpi, bukan hanya Hiluxnya sahaja, malah di’angkut’ sekali dengan beberapa orang jejaka di bahagian belakang untuk ke pantai.

Sewaktu memandu saya tersenyum kerana saya terfikir, rupanya kebijaksanaan boleh atasi kekuatan fizikal. Jika menurut akal, laratkah saya memandu Hilux yang sedia besar, kemudian diangkut golongan lelaki yang pastinya berat..

Namun, apabila difikirkan semula, saya hanya perlu mengimbangkan clutch dan minyak sepertimana yang sepatutnya. Jika dalam keadaan ringan mungkin gear 2 sudah memadai, namun berat sedikit beban dibawa, maka tukarkan sahaja ke gear 1 jika ‘tak makan’ untuk bergerak. Hey, its easy, just need KEBIJAKSAAN to control that! Right?

URUS ANAK-ANAK PERLU KEBIJAKSANAAN

Saya yang belum berkahwin, belum memiliki anak-anak, belum bekerja, dan sepastinya belum bergerak aktif dalam masyarakat luar, adakalanya merasa risau. Mampukah saya nanti dibebankan dengan amanah dalam sebuah syarikat, kemudian jika ada jodoh berkahwin, yang bermaharkan tanggungjawab mengurus rumahtangga, yang akan menguruskan makan minum suami dan anak-anak. Kemudian dengan keluarga yang sedia ada, pastinya ada lagi yang tidak selesai malah bertambah tanggungjawabnya. Mampukah saya terlibat aktif dalam organisasi masyarakat di luar?

Begitu saya kagum dengan kalian yang telah menempuhi semua itu dan mampu mengurus segalanya dengan baik. Jujur saya merasakan ianya bukan mudah! Namun kalian berjaya membuktikan. Mungkin juga ada yang mengatakan, “saya belum berjaya menguruskan segalanya dengan baik” tetapi saya yakin anda akan terus mencuba.

Bayangkan kita seorang ibu kepada 10 anak dan aktif sebagai seorang ahli politik, jadi bagaimana akan kita uruskan hal ehwal keluarga dan rumah tangga? Mungkin dia ada kekurangannya namun dapat dicontohi dari sudut kebijaksanaan beliau menguruskannya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (2011-2013 setakat ini), Siti Zailah Mohd Yusoff mengurus masa dengan mewujudkan kerjasama dalam kalangan anak-anak beliau. Beliau menyusun tugasan buat anak-anak dengan mewujudkan giliran seperti memasak, jemur kain, sapu sampah dan kemas laman rumah. Sejak kecil anak-anak telah diajar berdikari seperti menggosok baju sendiri. Subhanallah, bagi saya, hal ini dapat membentuk peribadi dan anak-anak itu sendiri.

Ada juga pernah dikongsikan pada saya, dari seorang penggerak di Tebrau, beliau membahagikan masa hariannya kepada beberapa bahagian, ada waktu bekerja, ada waktu bersama anak-anak, ada masa juga bergerak kerja. Hariannya begitulah. Yang pasti, tersusun dan bijak menguruskannya. Emosi juga harus diurus. Perempuankan, kadang-kadang dah penat rasa nak ngamuk dan membebel aje kan? J

KEBIJAKSANAAN DZATUN NITHAQAIN

Abdullah bin Zubair, membicarakan tentang umminya, Asma’ Binti Abu Bakar, "Aku belum pernah melihat wanita yang sangat pemurah melebihi ibuku termasuk Aisyah Radhiallahu anha. Beliau (Aisyah) mengumpulkan apa yang diperolehinya sedikit demi sedikit, lantas setelah itu barulah dinafkahkannya kepada mereka yang memerlukannya. Sedangkan ibuku, dia tidak pernah menyimpan sedikit pun sehingga hari esok."

Dzatun nithaqain, gelaran khusus buatnya yang diberikan oleh Rasulullah yang bermaksud "wanita yang mempunyai dua tali pinggang" kerana keberanian Asma' yang berperanan sewaktu peristiwa Hijrah. Susuk tubuh muslimat ini bukan dari calang-calang orang. Dari rahimnya telah lahir Abdullah Bin Zubair, seorang anak muda yang berkualiti, merupakan generasi yang mencintai Allah dan Rasul lebih dari segala-galanya, merupakan cetakan peribadi generasi yang siap berjuang membela Islam dan kalimah Lailahaillah Muhammad Rasulullah! Anak muda ini dibentuk hasil dari ‘air tangan’ seorang wanita yang begitu memahami peranannya dalam melahirkan generasi penyambung rantai perjuangan Islam.

Ketika pertemuan terakhir dua beranak ini, yang saling menumpahkan kasih semata-mata kerana mencintai Allah swt, Abdullah memberi salam buat ibunda dan berhajat untuk bermusyawarah tentang suatu permasalahan.

“Tenteraku banyak meninggalkanku. Mereka membelot dariku ke pihak musuh. Mungkin kerana mereka takut terhadap Hajjaj atau mungkin juga kerana mereka menginginkan sesuatu yang dijanjikannya sehingga anak-anak dan isteriku sendiri berpaling daripadaku. Sedikit sekali jumlah tentera yang tinggal bersamaku. Sementara utusan Bani Umayyah menawarkan kepadaku apa saja yang kuminta berupa kemewahan dunia asal saja aku bersedia meletakkan senjata dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik bin Marwan sebagai khalifah. Bagaimana pendapatmu wahai ibu?” luah si anak.

“Terserah kepadamu Abdullah! Bukankah engkau sendiri yang mengetahui tentang dirimu? Jika engkau yakin bahawa engkau mempertahankan yang haq dan mengajak kepada kebenaran, maka teguhkanlah pendirianmu sepertimana para perajuritmu yang telah gugur dalam mengibarkan bendera agama ini! Akan tetapi, jika engkau menginginkan kemewahan dunia, sudah tentu engkau adalah seorang anak lelakiku yang pengecut! Dan bererti engkau sedang mencelakakan dirimu sendiri dan menjual murah harga kepahlawananmu selama ini, anakku!” tegas Asma’.

Abdullah membalas, “Akan tetapi, aku akan terbunuh hari ini ibu.”

Dengan yakin Asma; berkata,”Itu lebih baik bagimu daripada kepalamu akan dipijak-pijak juga oleh budak-budak Bani Umayyah  dengan mempermainkan janji-janji mereka yang sangat sukar untuk dipercayai!”

“Aku tidak takut mati, Ibu. Tetapi aku khuatir mereka akan mencincang dan merobek-robek jenazahku dengan kejam!” Abdullah berterus terang.

Diyakinkan oleh Asma bahawa, “Tidak ada yang perlu ditakuti perbuatan orang hidup terhadap kita sesudah kita mati. Kambing yang sudah disembelih tidak akan merasa sakit lagi ketika kulitnya dikupas orang!”

“Semoga Ibu diberkati Allah. Maksud kedatanganku hanya untuk mendengar apa yang telah kudengar dari ibu sebentar tadi. Allah Maha Mengetahui, aku bukanlah orang yang lemah dan terlalu hina. Dia Maha Mengetahui bahawa aku tidak akan terpengaruh oleh dunia dan segala kemewahannya. Murka Allah bagi sesiapa yang meremehkan segala yang diharamkanNya. Inilah aku, anak Ibu! Aku selalu patuh menjalani segala nasihat Ibu. Apabila tewas, janganlah ibu menangisiku. Segala urusan dari kehidupan Ibu, serahkanlah kepada Allah!” bicara sang perwira.

“Yang ibu khuatirkan andainya engkau tewas di jalan yang sesat,” kata Asma’.

Abdullah meyakinkan, “Percayalah Ibu! Anakmu ini tidak pernah memiliki fikiran sesat untuk berbuat keji. Anakmu ini tidak akan menyelamatkan dirinya sendiri dan tidak memperdulikan orang-orang Muslim yang berbuat kebaikan. Anakmu ini mengutamakan keredhaan ibunya. Aku mengatakan semua ini di hadapan ibu dari hatiku yang putih bersih. Semoga Allah menanamkan kesabaran di dalam sanubari Ibu.”

“Alhamdulillah! segala puji bagi Allah yang telah meneguhkan hatimu dengan apa yang disukaiNya dan yang Ibu sukai pula. Rapatlah kepada Ibu wahai anakku, Ibu ingin mencium baumu dan menyentuhmu. Agaknya inilah saat terakhir untuk ibu memelukmu..."

PENUTUP


Saya yang berbicara bukanlah bererti saya yang terbaik. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga usaha kita untuk menjadi ibu yang cerdik dapat ditingkatkan. Even tak jadi ibu pun, kita adalah daie. Untuk menggapainya perlukan perngorbanan. Semakin pahit pengorbanan, semakin manis kejayaan. Korbankan ‘Ismail’mu. J

Sekiran, wassalam.

BOLEH BACA JUGA DI LINK BERIKUT:


TIBA WAKTU REHATNYA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera saya ucapkan buat pembaca entri saya pada kali ini.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Syukur kehadrat Allah swt kerana kita masih lagi dikurniakan nikmat Iman dan nikmat Islam. Syukur sangat-sangat apabila orang beri kita nasihat, orang beri kita teguran, kita dapat menerima dengan lapang dada, kita dapat mempertimbangkan teguran mereka dan hati kita ada keinginan berusaha menuju ke arah yang lebih baik. Sebab kita tahu, dan kita mahu, menjadi hamba Allah yang soleh. Syukur pada Allah.

Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :
Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”
(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)

DARIPADA WIKIPEDIA, ENSIKLOPEDIA BEBAS

Saya yang baru di dalam medan ini, tersangat baru, apabila mendapat berita pemergian Ustaz Azizan melalui Whatsapp, tiba-tiba bergenang air mata. Terdetik di hati untuk mengenali beliau walaupun setelah pemergiannya.

Allahyarham Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak (25 Oktober 1944 - 26 September 2013) merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah. Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan Parti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam pilihan raya umum Malaysia 2008.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.

Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966. Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu (loghat Kedah), bahasa Inggeris,bahasa Arab dan bahasa Filipina. Subhanallah.

USTAZ AZIZAN YANG KU KENALI

Saya dapat bayangkan betapa akrabnya hubungan beliau dengan para wartawan sehingga salah seorang daripada mereka iaitu ROSLINDA HASHIM iaitu Wartawan Kanan, Sinar Harian Utara membuat nukilan tentang beliau.

TANGGAL 24 Ogos 2013 pasti terpahat dalam memori saya kerana itulah kali pertama bertentang mata dengan Ustaz Azizan sejak beliau dimasukkan ke hospital akibat komplikasi diabetik.

Sebaik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang selepas menziarahi Ustaz Azizan di wad ICU (HSB), saya dibenarkan melawat, ditemani bekas Setiausaha Politik beliau, Muhammad Sanusi Md Nor dan beberapa ahli Pas yang turut berada di situ.

Sebaik melangkah ke bilik yang menempatkan Ustaz Azizan, hati tidak sekuat yang saya sangka. Saya berdiri disisi Ustaz Azizan tanpa berkata-kata, hanya renungan yang mampu saya berikan. Sedangkan dalam benak ini, banyak yang ingin saya katakan. Ustaz Azizan ketika itu membuka mata apabila Muhammad Sanusi memanggil,

“Ustaz, Linda Sinar mai tengok ustaz".

Ustaz Azizan merenung lama wajah saya. Saat itu, tidak tertahan air mata ini mengalir laju ke pipi. Saya cuba berbual dan meluahkan beberapa patah perkataan, namun tak dapat diteruskan… Muhammad Sanusi sekali lagi bertanya kepada Ustaz Azizan,

“Ustaz ingat dak?”.

Ustaz Azizan membalas “Ingat”.

Arwah tetap merenung saya dengan kelopak matanya yang kuyu, seakan menggagahi diri untuk berbual. Tiba-tiba Ustaz Azizan berkata,

“Terima kasih” (kerana datang).

Sebaik sahaja kata-kata itu diucapkan, saya tidak mampu lagi bertentang mata dengan pemimpin berjiwa besar ini, yang cukup kuat melawan derita ketika itu. Saya segera meminta diri dan berdiri seketika di luar pintu, cuba menenangkan diri. Jururawat seolah-olah memahami perasaan saya dan memaklumkan kondisi Ustaz Azizan ketika itu.

Kali kedua saya menziarahi Ustaz Azizan ialah ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melawatnya semasa kunjungannya ke Kedah sempena Multaqa Ulama pada 15 September lalu. Waktu itu, saya agak panik melihat pelawat dikehendaki memakai pakaian khas dan sarung tangan jika masuk ke bilik. Disebabkan itu, saya hanya melihat dari luar pintu perbualan dua sahabat itu. Sekali lagi, air mata tidak dapat ditahan, lalu saya beredar dan menanti di ruang legar ICU.

Kali ketiga hajat saya tidak kesampaian. Saya menelefon isteri Ustaz Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah (yang lebih mesra dengan panggilan Tok Puan), memaklumkan untuk hadir melawat. Sebaik tiba di pintu masuk ICU, saya sekali lagi menelefon Tok Puan memaklumkan sudah tiba, namun jawapan dari Tok Puan amat mengejutkan:

“Nak tengok apa Linda; dah tak ada”, sayu tutur katanya.

Saya masih ingat kali terakhir berjumpa Ustaz Azizan sebelum beliau jatuh sakit. Ketika itu hari mengundi PRU13 (5 Mei 2013). Tepat jam 9 pagi saya sudah berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, di mana Ustaz Azizan mengundi. Puas kami (media) menunggu hingga tengah hari, namun kelibat Ustaz Azizan tidak kelihatan. Saya menekan nombor telefon berkali-kali, tetapi semuanya masuk pesanan suara.

Terdetik di hati seolah-olah ada yang tidak kena, namun pegawai Ustaz Azizan hanya memaklumkan beliau lewat kerana singgah di beberapa lokasi untuk jumpa pengundi. Saya akur walaupun tahu benar itu bukan stail Ustaz Azizan. Ketika itu, saya antara percaya dengan tidak dengan alasan yang diberi. Tetapi, demi tugas, saya tetap menunggu hingga jam hampir 1 petang. Pada masa sama, saya terus menekan nombor telefon hingga akhirnya Ustaz Azizan menjawab panggilan.

Saya bertanya: “Kenapa tak datang mengundi?”.

Ustaz Azizan lantas berkata: “Kurang sihat, demam; kaki pula sakit.”

Mendengar itu, saya menyarankan Ustaz Azizan berehat sahaja dan tidak perlu datang. Namun Ustaz Azizan pula berkeras suruh kami (media) menunggu dan akan tiba dalam 20 minit. Tidak sampai hati pula untuk hampakan harapan Ustaz Azizan. Ketika beliau sampai, saya lihat Ustaz Azizan jalan berdingkit-dingkit, sambil dipimpin setia oleh pembantunya, Shahril Elham. Wajahnya tetap ceria, walaupun ketika itu jelas sedang menahan kesakitan. Itulah Ustaz Azizan. Beliau bagaikan lilin, sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain.

Banyak situasi menunjukkan Ustaz Azizan banyak berkorban, sama ada dalam parti mahupun kerja. Pada luarannya, nampak Ustaz Azizan seperti tegas dan perongos, tetapi hati beliau lembut dan banyak bertolak-ansur. Walaupun mengenalinya hanya lima tahun (2008-2013), saya dapat memahami karakter beliau. Ia amat berbeza dengan pemimpin Pas lain, umpama satu dalam sejuta.

Saya masih ingat waktu awal memulakan tugas di Kedah (2008) iaitu selepas peralihan kuasa. Saya sering kali disuruh ketua untuk dapatkan reaksi Ustaz Azizan bagi isu-isu semasa. Ketaq perut setiap kali mahu menekan nombor telefon beliau sebab orangnya garang. Demi tugas saya beranikan diri, dapat dua tiga patah pun sudah cukup untuk 'goreng' berita.

Disebabkan terlalu kerap menelefon, suatu hari, pada sidang media di Wisma Darul Aman, Ustaz Azizan bertanya,

“Mana satu Linda?”.

Saya ketika itu berada di barisan belakang, terus berkata:

“Ya, saya”.

Rakan media di hadapan membuka ruang untuk saya ke depan. Saya tersengih tak tahu nak kata apa. Azizan dengan wajah serius, bersuara:

“Kamu ni, duk telefon saya. Saya marah, kamu telefon lagi. Saya marah lagi, kamu telefon juga. Saya dah tak tau nak marah macam mana lagi”.

Kata-kata itu tak pernah saya lupa kerana sejak itu jugalah hubungan saya dengan arwah semakin baik,dan arwah mula beri kerjasama. Ada kala, ketika bertanya isu panas, sebelum Ustaz Azizan memberi ulasan, sudah tentu saya kena marah dulu. Yang bestnya, selepas marah, Allahyarham akan memujuk dengan kata-kata jenaka, bagaikan seorang bapa bercakap dengan anaknya.

Ada juga rakan media yang dihamburi atau ditengking jika cuba dapatkan reaksi Allahyarham melalui telefon. Dari hari ke hari, saya cuba membina hubungan lebih mesra antara media dan Ustaz Azizan. Banyak pandangan saya berikan kepada Allahyarham supaya hubungan beliau dengan media menjadi lebih diplomasi dan relaks.

Sejak itu Ustaz Azizan dilihat semakin bersikap terbuka dengan media. Beliau sebenarnya bukan tidak mesra media pada awalnya, tetapi sebenarnya beliau kecewa kerana banyak kenyataannya di putar belit. Setiap kali berita Ustaz Azizan terpampang di dada akhbar yang tidak menyenangkan, setiap kali itu juga Allahyarham menghubungi saya untuk memberi kenyataan balas atau sekadar meluahkan perasaan.

Namun sebagai bekas Pengarah Urusan Harakah, Ustaz Azizan akur dan faham dengan pendirian setiap akhbar di negara ini. Sebab itu, Allahyarham tidak melatah tetapi ambil sikap malas nak layan. Jika Ustaz Azizan berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja, pagi-pagi lagi beliau menghubungi saya untuk bertanya khabar Kedah, apa yang berlaku sepanjang ketiadaan Allahyarham.

Disebabkan itu juga, saya perlu sentiasa alert dengan apa yang berlaku kerana saya tahu Alllahyarham akan hubungi saya bila-bila masa sahaja. Mungkin Ustaz Azizan mahukan perspektif berbeza satu-satu isu, di mana sebagai orang media, saya telus menceritakan dari semua sudut.


PERGINYA SEORANG PERMATA AGAMA

"Sekarang ini Kedah tak ada air, macamana Dato' Seri?” tanya seorang wartawan arus perdana yang dilihat cuba-cuba memprovokasi beliau.

"Kamu ni mandi tak pagi tadi?" tanya Ustaz Azizan pantas, kemudian dijawab 'ya' oleh wartawan itu, bagi mengelak dirinya dikatakan tidak mandi atau berbau busuk.

"Kalau begitu, macamana kamu kata tak ada air. Kamu mengaji Universti mana? Kan sekarang ni musim kemarau dan seluruh negara ada masalah kekurangan air. Ini urusan Allah SWT, jadi kita mohonlah doa, supaya hujan," katanya membuat wartawan itu terdiam seribu bahasa.

Sebenarnya setiap kali, sidang media di pejabat Menteri Besar, seminggu sekali adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh pengamal media. Bukan setakat mendapatkan berita, tetapi lebih kepada kemesraan hubungan serta bergurau senda dengan Ustaz Azizan, yang menganggap para wartawan sebagai sebahagian daripada keluarganya.

Ada kisah menarik perhatian saya, ketika dititipkan semula pegawai khas MB tentang satu usaha kejadian sabotaj yang dilakukan pihak lawan sekitar Ramadan tahun lalu.

Waktu itu, di masjid-masjid telah teredar ribuan risalah palsu yang menyatakan bahawa Ustaz Azizan selaku MB Kedah akan memberi sumbangan wang saku untuk Hari Raya kepada rakyat Kedah.

Esok paginya lebih 300 orang memenuhi pekarangan pejabat MB bagi menuntut apa yang dijanjikan seperti yang dicanang risalah palsu itu. Ustaz Azizan yang baru tiba ke pejabat, hairan dan terpinga dengan kehadiran orang ramai itu, lantas memanggil para pegawainya menjelaskan apa yang berlaku.

Anda tahu keputusannya? Jika dilihat perwatakannya yang bengis dan tegas itu, ramai boleh mengagak tindakan selanjutnya. Namun yang berlaku adalah sebaliknya!

Ustaz Azizan berasa simpati pula dengan orang ramai yang tertipu dengan risalah itu. Lebih menghibakan beliau, ada bersusah payah datang dari jauh, hulu kampung, semata-mata berharap dan bergantung ihsan sumbangan yang dihebahkan palsu itu.

Lantas beliau mengarahkan para pegawainya mengagihkan wang sebanyak RM50.00 seorang kepada semua yang hadir dan wang yang dikeluarkan itu datangnya daripada poketnya sendiri!

PENUTUP

Moga perjalanan beliau di alam barzakh merupakan tempat istirahat yang panjang. Dan kita? Kita pula yang masih hidup hendaklah mengambil ibrah akan pemergian beliau. Perjalanan kita di dunia belum cukup baik untuk dijadikan bekalan menuju alam sana. Marilah kita gunakan usia yang masih berbaki ini untuk metaati-Nya. Marilah kita menjadikan kehidupan yang dipinjam ini sebagai saksi bahawa kita telah melakukan amalan soleh selama hayat dikandung badan. Setiap hari, kita semua sedang dalam perjalanan menuju bertemu Ilahi. Saya yang berpesan bukanlah bererti saya yang terbaik. Wallahua’lam.

SUMBER COPY AND PASTE

Sila baca lanjut di :


Ketika itu Ustaz Azizan sempat berseloroh, “Mana tau, ni (gambar) yang terakhir dengan kamu semua” (Ceriita wartawan Sinar Harian)