Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera
Senyum..
senyum.. bersangka baiklah dengan Allah. Dekatilah Allah di saat senang sebagai
tanda kesyukuran kita. Dekatilah Allah di saat duka kerana kita lebih
memerlukan Dia pada saat itu.
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, maka terserahlah dia
hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku.” (Riwayat Ibnu Abid-Dunya)
YEAY, SEMESTER BARU!
Telah
bermula sesi pengkuliahan yang baru bagi semester ini khususnya di UTeM.
Tahniah kepada sahabat-sahabat kerana dapat meneruskan pengajian seperti biasa.
Moga semester ini lebih baik dari semester-semester yang lalu. Kuatkan
semangat, pastikan strategi baru disusun, strategi lama yang boleh diteruskan
maka teruskanlah, dan yang tidak membantu maka tambah baiklah atau tinggalkan
sahaja.
Ahah,
tidak ketinggalan juga bagi yang direhatkan dari pengajian bagi semester ini.
Pastikan kelapangan masa yang ada digunakan sebaiknya. Muhasabah dan teruskan
juga usaha menuntut ilmu fardhu kifayah ini. Ingat, walaupun tidak ke kelas,
tetap juga menjadi tanggungjawab kita untuk menguasai bidang ilmu ini.
AGAIN AND AGAIN, AKADEMIK VS DAKWAH?
Kelihatannya,
golongan para gerakan dakwah di kampus sudah mula pening kepala dengan
bersusunnya program yang banyak menanti ye? Kenapa pula nak pening?
Yalah,
kan AKADEMIK NOMBOR SATU, DAKWAH BUKAN NOMBOR DUA. Eh,
yeker? Bukan-bukan, DAKWAH PENTING, AKADEMIK PUN PENTING JUGAK. Eh, AKADEMIK
PERTAMA, DAKWAH UTAMALAH. Errr.. then mana satu awlanya?
Harapan ibu bapa yang ingin melihat anak kesayangannya
mendapat keputusan yang cemerlang dalam akademik dan tanggungjawab dakwah yang
menuntut harta dan keseluruhan yang ada pada diri kita?
Seringkali berlaku kepada aktivis-aktivis dakwah dimana-mana
kampus sekalipun, adunan kedua-dua agenda dakwah dan akademik tidak diadun
dengan baik. Dalam banyak-banyak perbahasan pula mesti timbul istilah Dakwah vs
Akademik. Adalah teramat baik sekiranya kita lebih berfokus kearah mencari
titik keseimbangan, kerana apabila dihayati dengan baik peranan kita untuk
menerajui kedua-dua aspek kewajipan tersebut maka tidak timbul lagi samada
dakwah atau akademik yang dipersalahkan atas keciciran salah satunya.
Adakala dakwah mengatasi akademik, ada pula ketikanya
akademik mengatasi kerja dakwah. Rupanya dalam dakwah dan akademik pun ada
pasang surutnya. Lebih malang lagi, ada antara kita yang keciciran dalam
kedua-dua tanggungjawab dakwah dan akademik. Tanggungjawab kepada kedua-duanya
tidak boleh dikesampingkan apatah lagi, kita memegang title sebagai seorang Muslim, pelajar dan seorang anak sekaligus.
Berkata seorang ustaz, “ apabila
kita menceburkan diri dalam arena dakwah, maka kita akan cemerlang.”
Sebenarnya, jika kita benar-benar berada dalam arena dakwah, sewajarnya
kita akan cemerlang kerana dakwah
menuntut seseorang itu menjadi seorang Muslim yang sejati seperti yang
ditunjuki oleh al-Quran dan as-Sunnah. Kalau kita itu ingin mengetahui ciri-ciri Muslim sejati
cukuplah kita lihat pada diri Rasulullah SAW.
“ Wahai orang-orang
yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan
meneguhkan kedudukanmu.”-Surah Muhammad :7
Tujuan kita benar. Usaha kita jujur. Niat kita tulus. Allah
Taala pasti melihat dan menilai usaha kita walau sekecil-kecil usaha.
Namun, kita jagoan yang bersemangat dan aktif dalam lapangan
dakwah, tetapi kecundang dan tumpas di dewan kuliah? Kita cergas dan cerdas
berdakwah, kenapa lesu di bilik kuliah? Pelik. Kenapa pula akademik dikeluarkan
dari skop dakwah? Dalam dakwah tidak ada akademik? Atau dakwah cukup sekadar
berusrah dan berceramah?
Sesungguhnya akademik juga medium dakwah. Dai’e yang
cemerlang akademik dipandang tinggi oleh sang mad’u. Barangkali medium akademik
lebih berkesan dalam menyampaikan mesej dakwah. Kita selalu sebut dakwah bil hal. Dakwah melalui teladan. Nah,
kalau konsep ini diaplikasikan dalam akademik, pastinya mad’u tidak
teragak-agak untuk belajar daripada kita. Seperti satu pakej yang sempurna,
duniawi cemerlang, ukhrawi gemilang.
DON’T WORRY
Let by gone be by gone. Yang ada teruskan. Allah pastikan
bersamamu, jika kau menolong agamaNya.
COPY
& EDITED FROM:
**boleh baca full isi dari blog mereka. tq
Tiada ulasan:
Catat Ulasan