Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum dan
selamat sejahtera saya ucapkan buat pembaca blog mahupun entri saya pada kali
ini.
Pertama dan selama-lamanya,
bersyukur kita kepada Allah swt dengan kurniaan rahmat dan kasihNya melalui
pelbagai cara. Subhanallah… Patutlahkan Rasulullah pernah kata, “Salahkah aku
menjadi hambaNya yang bersyukur…” tatkala ditanya mengapa Rasulullah saw
beribadah sehingga bengkak-bengkak kakinya walhal baginda merupakan calon yang pastinya
akan masuk syurga, merupakan kekasih Allah yang nama baginda telahpun terlakar
sejak Nabi Adam a.s baru diciptakan lagi. Allahurabbi..
DIA?
Ya, Dia. Dia yang menciptakan
kita. Dia yang Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Memiliki, Maha Mendengar,
Maha Melihat, Maha Pengampun, dan semua nama-namaNya yang terindah. Dialah
Allah, Tuhan sekalian alam. Dialah cinta teragung dan yang kekal abadi dan
hakiki.
Pernah bermain teka teki, ayam
atau telur yang wujud dulu? Ahah, ada yang kata ayam, sebab ayam yang bertelur.
Kemudian ada juga yang kata telurlah wujud dulu kemudian barulah ayam! Aik,
yang mana satu ni? Tak kisahlah siapa pun dulukan, yang pasti siapa yang
menciptakan ayam dan telur ayam itu? Sepastinya Allah yang menciptakan. Begitu juga
dengan diri kita. Ibu ayam hanya sebagai perantara adanya telur dan kemudian
menetas menjadi anak ayam dan seterusnya menjadi ayam dewasa.
MENGENALI DIA
Mengenali Dia sang Pencipta
merupakan fitrah kita, fitrah manusia, semulajadi yang ada pada hati ini, ingin
mengetahui siapakah yang menjadikan alam ini. Melainkan golongan ateas yang
berpegang kepada kefahaman bahawa dunia ini terjadi dengan semula jadinya.
Namun sebagai Muslim, hendaklah kita yakin dan percaya bahawa setiap makhluk
ada penciptanya dan pencipta yang teragung adalah Allah swt..
Di dalam hadis Qudsi, Allah
berfirman yang maksudnya, “Sesungguhnya
Aku telah menciptakan semua hamba-Ku dalam cenderung kepada kebenaran, namun
syaitan-syaitan mendatangi dan menjauhkan mereka daripada agamanya.
Syaitan-syaitan mengharamkan apa-apa yang telah Aku halalkan dan menyuruh
manusia untuk mempersekutukan diri-Ku dengan sesuatu yang tidak memiliki kuasa
apa-apa.” (Riwayat Muslim)
YANG TERINDAH
Mengenali Tuhan kita menjadikan
jiwa kita tidak kosong, tidak kering dan penuh bermakna. Kita pasti akan
merasakan ketenangan, merasakan kehadiran Dia dalam setiap waktu dan ketika.
Merasakan bahawa Dia sentiasa melihat kita, sentiasa sudi mendengar keluhan
kita.. Tiada halangan dan batasan untuk kita terus-terusan berhubung dengan
Allah swt.
Ibn Taymiah berkata, “Sesungguhnya kelazatan, kegembiraan,
kenikmatan dan kebahagiaan yang tidak mungkin digambarkan dengan kata-kata
hanya boleh kita rasai apabila mengenal Allah, mentauhidkan-Nya dan beriman
kepada-Nya. Hati tidak akan merasai kegembiraan dan kelazatan sempurna
melainkan apabila mencitai Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya.”
MAKRIFATULLAH
Abu Ali al-Daqqaq menyebut, “Makrifah dalam lisan para ulama bermakna
ilmu. Setiap ilmu ialah makrifah. Dan setiap makrifah ialah ilmu.”
Manakala Muhammad bin Fadl pula
menyebut, “Makrifah ialah hati yang
selalu hidup dengan Allah.”
Maka apa yang kita mesti dalami
adalah nama-nama dan sifat-sifat Allah. Apabila kita dapat salami, hayati dan
merasakan kesemua sifat dan nama-nama Allah, insyaallah benih-benih makrifah
akan tertanam di dalam hati kita. Semakin kerap kita memikirkannya, semakin
bertambah ilmu kita tentang Allah. Hatta, keserabutan yang melanda dek kerana
cabaran dalam kehidupan pastinya dapat dihadapi dengan tenang…
Kata Abu Ali al-Daqqaq, apa
katanya? “Makrifah melahirkan ketenangan
dalam hati. Sesiapa yang bertambah makrifatnya, maka bertambahlah ketenangan
dalam hatinya.”
Dan, Ibn Umar berkata, “Apabila
seorang manusia hanya takutkan Allah, maka tidak ada sesuatu yang mampu
menyakitinya.”
BAGAIMANA?
Berusahalah kita untuk menghafal
nama-nama Allah, menghayatinya dan mengaitkan setiap kejadian dalam kehidupan
kita dengan nama-nama tersebut.
“Setiap kali melihat penguasa
jatuh hina lihatlah Allah di sebaliknya. Setiap kali melihat orang miskin yang
menjadi kaya, Allah juga berada di sebaliknya. Segala sesuatu yang berlaku,
semuanya adalah atas kehendak dan kuasa Allah. Jika kebiasaan ini terus kita
lakukan, maktifat kita akan meningkat.”
Berkata Muhammad bin Wasi dalam
al-Ta’aruf: “Setiap kali aku melihat
sesuatu, aku melihat Allah bersamanya.”
Zun Nun al-Misri pula menyatakan,
“Tiga tanda keyakinan: Melihat Allah pada segala sesuatu, merujuk kepada-Nya
pada segala sesuatu, dan meminta bantuan daripada-Nya dalam segala sesuatu.”
Ibn al-Qayyim menjelaskan dalam
kitab al-Fawaid, “Allah menyeru seluruh hambaNya dalam
al-Quran untuk mengenaliNya menerusi dua cara. Pertama dengan mengamati
perbuatan-perbuatanNya. Kedua dengan memikirkan dan menganalisis ayat-ayatNya.
Yan pertama ialah ayat-ayat Allah yang terlihat, manakal yang kedua, ayat-ayat
Allah yang terdengar.”
Selain itu, kita hendaklah
berusaha untuk khusyuk di dalam ibadah kita kepada Allah. Hadirkanlah Allah di
dalam hati yang merupakan roh untuk menghidupkan ibadah tersebut. Jika tidak,
ibadah yang kita lakukan hanyalah menjadi rutin harian yang tidak mampu membawa
kepada nilai-nilai pembaikan pada diri kita.
“Ibadah tanpa makrifatullah
ibarat jasad tanpa roh.”
AKHRI SEKALI
Say, “I Love you so, Allah.”
Budail bin Warqa berkata, “Siapa
yang mengenali Allah, dia pasti jatuh cinta kepada-Nya.”
Selamat “bertaaruf” dengan Allah.
J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan