Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera buat pembaca sekalian!!
Allah,
rasa semangat pulak kalini nak menulis dan nak berkongsi. Sevelum itu, kalian
dan saya, mari sama-sama kita senyum seketika, hadirkan rasa syukur kepada
Allah, sebab Allah bagi kita apa yang kita ada pada hari ini. Dan yang paling
penting, Allah sentiasa ada untuk kita, sentiasa dan selama-lamanya.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Selawat
dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dirindui. Mana tidaknya,
kita ni asyik dengar kisah baginda, hanya tahu dan setakat yang kita kenal,
insan ini teramatlah hebat, insan ini teramatlah banyaj berkorban untuk kita
supaya kita dapat masuk syurga. Akhlah insan ini, teramatlah mulia. Kalau ada
baginda bersama dengan kita, uih..... macam mana lah agaknya. Bayangkan betapa
tenangnya kita kalau dapat lihat wajah baginda! Sollu 'alannabiy!
LAHIRNYA
ANAKKU PADA 18 FEBRUARI 2016
Pertama
sekali, izinkan saya berkongsi berita gembira akan kelahiran anakku dan suami,
dengan izin Allah, diberi nama Hadif Irfan Bin Harith Iskandar. Terngiang lagi saat
ini pertama kali mendengarkan suara tangisannya, dengan perasaan yang... tak
tahu nak gambarkan bagaimana, subhanallah, dan pertama kali melihatkan dia.
Alhamdulillah, terima kasih buat semua yang mendoakan, terima kasih buat suami
yang menemani dengan penuh setia, tak putus memberi semangat walaupun mungkin
semangat beliau sendiri teruji, terima kasih buat semua ahli keluarga yang
menemani di hospital, yang tak makannya kerana teramat risau, mata bengkak
menangis kesayuan, doa yang tak putus-putus agar saya dan anak selamat.
Sungguh, benarlah pernah dipesan oleh emak Hajar, bahawa melahirkan adalah
suatu perjuangan. Bukan mudah. Yang mana, andai mati maka syahid.
"Abang
nak bagi gelaran pada anak-anak kita nanti," perbualan kami masa tu di
dalam kereta.
"Jadi
yang pertama kita bagi al-fateh," suami tersenyum kerana rupanya idea kami
sama. Pertama, saya sendiri mengagumi tokoh Islam yang satu ini, kedua kerana
Hadif adalah pembuka bagi kami berdua. Dia yang sulong. "Ibubapa hendaklah
membentuk falsafah hidup anak-anak supaya apabila keluar nanti, dia tidak
mencari falsadah hidupnya dari teman-teman," lebih kurang begitulah pesan
ustaz yang pernah saya dengar.
TOKOH ISLAM SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
Beliau ialah sultan
ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople
atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau
usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari.
Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang
Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya
Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan
sebaik-baik tentera ialah tenteranya.” Ketika ayahnya menjadi sultan,
beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan
Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan
Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin
termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22tahun, beliau berjaya
membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya.
KETINGGIAN PERIBADI
Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh
banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika
usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan
pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh
daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama
terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau
mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith,
fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang
lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir
peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh. Sultan
Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan
Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu
ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan
menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak
mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a.
Selain
itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam
peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam
dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi
sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya.
Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam
menyusun strategi peperangan.
WAHAI AL-FATEHKU!
Ya
Al-fateh, kau lahir dan akan ada sikapmu tersendiri, sifatmu tersendiri, dan
apa adanya pada dirimu adalah keistimewaan bagi ummi. Ummi dan abi mengharap
agar kami dapat memdorongmu menjadi yang terbaik. Mudah-mudahan umurmu panjang dan diberi kesihatan yang berpanjangan. Buat yang masih belum
direzkikan anak, saya doakan mudah-mudahan giliran kalian akan tiba. Buat yang
sudah memilikinya, jangan dibuang merata, jangan dipersia kehadirannya, walau
susah bagaimana, insyaallah rezki untuknya pastikan ada. Buat yang telah kehilangan, sukarnya dirasa, namun saya yakin, mudah-mudahan kalian kuat menhadapinya. Buat yang diuji kesakitan anaknya, mudah-mudahan dipanjangkan umur dan diberi kesembuhan. Jangan berputus asa. Segala-galanya datang
dari Allah. Semoga kita sentiasa usahakan yang terbaik walau dimana posisi kita
berada. Insyaallah.
*http://tokoh1038.blogspot.my/2005/08/sultan-muhammad-al-fateh.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan