CARI-CARI CARILAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua pembaca saya pada entri kali ini.

Kali ini, entri saya sedikit menarik kerana pada kali ini saya ingin membicarakan sedikit soal jodoh. Uik, jodoh.. uuuuu.. hehe ada yang kata, jodoh perlulah dicari dan ada yang berpendapat bahawa jodoh hanya perlu ditunggu dan dinanti. Apabila tiba masanya, mungkin ia akan datang sendiri. Kata-kata yang menarik dari suami saya semasa kami berkawan dulu, “Jodoh akan hadir dalam hidup kita apabila ia kena dengan orangnya dan tepat pada masanya.”
Dalam soal mencari dan berusaha pula, ada yang menggunakan orang tengah, ada yang mencari sendiri dengan cara berkenalan dan ‘usha’ directly dengan kenalan-kenalan dan mungkin ada juga yang menggunakan media sosial sebagai usaha untuk menemukan pasangan hidupnya. Dan tidak ketinggalan pula ada yang langsung tidak mahu mencuba walau dengan apa cara sekalipun dan mereka tidak sewajarnya dipersalahkan kerana mungkin mereka ada alasan yang tersendiri.

USAHA MENCARI MENCARI
Percayalah bahawa jodoh dan pertemuan itu sebenarnya ada di Facebook, Instagram, Twitter dan segala bentuk media sosial di muka bumi ini. Cara tradisional mencari jodoh kini sudah diambil alih oleh media sosial selain beberapa agensi berkaitan yang bekerja 24 jam demi kebahagiaan orang ramai. Antaranya adalah CJC atau Cari Jodoh Club (http://carijodohclub.co.nr). 
CJC ditubuhkan sebagai medium yang digunakan sebagai ‘orang tengah’ untuk membantu setiap insan yang sedang berikhtiar dalam mencari pasangan hidup. Seramai 632 815 orang ahli telah mendaftar dan ada di antara mereka telahpun mendirikan rumahtangga dalam kalangan ahli CJC. Hanya dengan mengisi borang dan hantarkannya maka ahli akan dapat mengiklankan cari jodoh, menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan dan berkenalan antara satu sama lain dalam kalangan ahli semasa aktiviti mahupun secara peribadi.
Selain itu, beberapa artikel rujukan yang bermanfaat turut disediakan oleh CJC di dalam lamannya seperti teknik menguruskan badan, tips menawan hati pasangan dan sebagainya. Semoga usaha murni ini memberi kebaikan. Perkhidmatan mencari jodoh ini terbuka ke seluruh Malaysia iaitu Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, N. Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terenganu, Pulau Pinang, Labuan, Cyberjaya, Putrajaya dan Kelantan.
           
BUKAN MEDIUM TERBAIK
            Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah masyarakat berpendapat bahawa media sosial mungkin boleh dijadikan medium untuk mencari jodoh namun bukanlah platform yang terbaik. Hal ini kerana berlaku kes-kes penipuan internet, penipuan kewangan, status perkahwinan, kelucahan alam cyber yang berleluasa akhir-akhir ini. Tidak dapat dinafikan bahawa mengenali hati budi seseorang yang tidak pernah dikenali melalui media sosial adalah sukar.

PEE AR OOO
            Jika dulu, mencari pasangan adalah melalui majlis kenduri atau majlis keluarga, tetapi kini dengan kehadiran teknologi dan gajet telah menjadikan media sosial sebagai salah satu jalan yang mudah untuk mencari jodoh. Masyarakat hendaklah lebih terbuka dalam menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Setelah mengenali seseorang melalui media sosial, pastinya selepas itu pasangan akan berhubung dan berkominukasi lanjut dalam talian dan ia merupakan trend masa kini.
Namun, seseorang itu perlulah bijak, tidak terlampau terbuka dan berhati-hati dalam urusan tersebut. Mereka hendaklah bijak menilai dan mengambil masa yang tidak singkat untuk benar-benar menilai adakah individu yang ditemui itu benar-benar sesuai dengan dirinya untuk dijadikan pasangan hidup. Tidak semestinya jika baru berkenalan dalam masa sejam atau dua, kita boleh bercerita segala-galanya tentang diri kita. Hendaklah mereka saling kenal mengenali dengan baik termasuklah bertemu keluarga agar penipuan dan segala kesangsian dapat dipadamkan.

AKHIR KALAM
Saya yakin, pihak CJC akan membuat tapisan terlebih dahulu sebelum memberikan maklumat pasangan yang dihajati. Sedikit demi sedikit penerimaan masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan pencarian jodoh ini menjadi satu cara utama untuk memudahkan mereka. Semoga usaha ini diteruskan dan dikembangkan lagi supaya lebih ramai dapat bertemu pasangan hidup masing-masing.


1 ulasan: