Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
dan selamat sejahtera buat semua pembaca yang saya hormati sekalian.
Pertama-tamanya dan
selama-lamanya mari kita rafakkan rasa syukur kepada Allah swt dengan lafaz
‘Alhamdulillah’, segala pujian bagi Allah yang telah memberi kita dengan
pelbagai nikmat. Walaupun masing-masing ada ujian yang sedang dirunsingkan, ada
yang menggelisahkan jiwa, yang hampir memecahkan kepala, namun ingat, ujian
yang diberi percentnya tidak sebanyak
nikmat-nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Bukankah begitu? Nikmat
yang tidak terhitung banyaknya.
Bagi yang tidak buta, hakikatnya
Allah beri nikmat mata. Bagi yang tidak bisu, hakikatnya Allah beri nikmat
mulut. Bagi yang tidak pekak, hakikatnya Allah beri nikmat telinga. Bukankah
dengan mata kita dapat membaca al-Quran, memandang wajah para ulama’, memandang
ayah dan ibu, membaca buku-buku ilmiah pengisi jiwa? Bukankah dengan mulut kita
dapat berzikir, bermuzakarah, bermua’malah dengan manusia? Bukankah dengan
telinga kita dapat mendengar ceramah-ceramah agama, mendengar nasihat,
mendengar azan? Nikmat mana satukah yang kita dustakan? Makanya, say ‘thank you Allah. Alhamdulillah.
MANUSIA DAN AIR MANI
Hari itu saya baru tiba di Johor.
Lama sudah tidak balik negeri sendiri. Alhamdulillah masih diizin Allah.
Kebetulan pula, malam itu ada ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Cahaya Baru.
Wow! Ustaz Azhar di Jay Bee!
“Along, malam ni Ustaz Azhar kat
Cahaya Baru tau!” saya tersengih. Pernah juga saya nak ajak ibu dan ayah tengok
video Ustaz Azhar, tapi takut mereka tidak memahami loghat bahasa Terengganunya
tu. Tak sangka pula, selama mana saya tinggalkan rumah, mereka dah mula minat
dengan kuliah Ustaz Azhar. Itulah, don’t judge before you try ajak ye! Can be applied dalam kita dakwah.
‘Mungkin dia taknak kowt..’ walhal kita belum pernah ajak lagi. Malam itu, kami
pergi juga ke kuliah Ustaz Azhar, walaupun serasa badan agak penat juga. Namun,
peluang datang belum tentu ada kali yang kedua.
Para pembaca yang saya hormati
sekalian, tuan puan, ibu ayah, adik-adik, akak-akak, abang-abang, kalau kita
tengok air mani, geli tak? Saya cuba search
something related to write dari google
search tentang air mani, tetapi akhirnya terhenti kerana terasa geli mahu
dibaca. Hehe. Sungguh. Mana tidaknya, tajuk-tajuk yang keluar semua
pelik-pelik, air mana dalam cawanlah dan sebagainya. Allahuakbar.. tak sanggup
saya nak baca. Apatahlagi mahu ditulis kembali di sini untuk dikongsi. Tak perlu kot.
Mengimbau kembali ilmu yang
diajar oleh guru dulu, kejadian kita pada mula-mula sekali adalah dengan
bersatunya air mani ayah dan ovum ibu. Bermakna, air mani itu adalah asal
kejadian kita. Yang kita kata, ‘eeeeeee…air mani!’ ye, itulah asal kita. Kita
adalah air mani yang juara menembusi ovum ibu. Hina rupanya kita ni. Astaghrifullah..
ALAM JAUH HEBAT DARI KITA
Saya nak Tanya, kita dengan
burung siapa lagi hebat? Cuba lihat burung, burung mampu terbang. Kita boleh
terbang? Cuba diri di atas bumbung rumah, then terjun, kepakkan tangan. Boleh
terbang? Tapi janganlah ye, saya sayang anda, don’t try it at home. Jadi, hebat tak burung? Hebatkan?
Kita dengan gunung, siapa lagi
hebat? Gunung yang menjadi paku kepada bumi, kita besar atau gunung besar?
Sepastinyalah gunungkan? Kita nak daki gunung pun tercungap-cungap. Tak mudah
nak daki gunung. Hebat tak gunung? Hebatkan?
Kita dengan harimau, siapa lagi
hebat? Main kejar-kejar dengan harimau, mestilah kita kalah. Setuju? Atau mahu
sahut cabaran saya untuk menewaskan harimau dalam pertandingan lumba lari
dengan harimau? Terpulanglah. Hebat tak harimau? Semestinya harimau lebih
hebat.
MAKA IKUTLAH HUKUM ALLAH
Melihatkan kepada penciptaan kita
yang berasal dari mani, membandingkan diri kita dengan alam, ayat yang
menyentap jiwa saya ketika Ustaz Azhar sebut,
“Jadi kenapa sombong sangat????
Manusia dari air mani, air mani tu diri kita.”
Allahuakbar, hinanya air mani
bermakna hinanya kita. Apabila ulama’ tegur, kita tidak mahu terima. Hukum
Allah, kita tak mahu laksana. Kenapa kita lawan Allah? Dibandingkan kita dengan
alam, kita adalah penciptaan yang paling lemah.. tetapi, kita menang sebab
AKAL. Dan yang paling menang adalah akal yang dipandu oleh wahyu. Kerana akal
kita diangkat mulia, ‘walaqad karramna Adam’.
Kita semua dari Adam a.s. Adam
a.s dari tanah. Hawa pula dari tulang rusuk Adam a.s. Dari zaman Nabi Adam a.s
sehinggalah Nabi Nuh, manusia masih tidak menyembah berhala. Namun selepas Nabi
Nuh a.s, manusia mula menyembah berhala. Malah, kaabah yang merupakan kiblat
buat ummat Islam pada hari ini pernah dipenuhi dengan berhala-berhala sembahan
manusia sebelum berlakunya peristiwa pembukaan Kota Mekah.
Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah Ayat ke 21 yang bermaksud, “Wahai sekalian manusia! sembahlah Tuhan kamu yang telah menjadikan
kamu dan ummat sebelum kamu, agar kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.”
Oleh itu, taatlah kita kepada
Allah swt mengikut kemampuan kita. Sembahlah Allah, membawa erti susah payahnya
kita untuk taat akan perintah Allah. Seorang hamba Allah adalah siapa yang
bersusah payah untuk Allah. Kerana satu masa nanti kita juga akan mati. Kita
tidak akan bawa apa-apa melainkan sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan
amal. Hatta raja juga akan mangkat. Qarun suatu ketika dulu, yang paling banyak
harta juga telah mati. Allah ciptakan dari tiada kepada ada adalah untuk
membuktikan kebesaran Allah swt.
“Nak selamat, jadi hamba Allah,
jangan jadi hamba manusia. Bila takbir (takbiratul ihram), haramkan diri kita
berhenti kalau dah habis sebut ‘Allahu akbarrr’. Melainkan yang melibatkan
nyawa,” pesan Ustaz Azhar Idrus.
“Tak baca sudah,” mudah. 5 minit
sudah selesai. Islam lebih mudah dari dunia sebenarnya. Namun, nafsu yang
menampakkannya susah dan berat.
Islam itu mudah dan tidak payah.
Misalnya, di dalam rukun solat, yang wajib hanyalah alfatihah, jika tidak
dibaca surah alfatihah, solat kita sah. Hadiriliah majlis, dan tingkatkan amal
ibadah kita. Qiamat dalam pengetahuan Allah, kerja kita adalah berbuat ibadah.
Akhir kalam, pepatah arab
mengatakan, terimalah yang benar walaupun keluar dari mulut lembu yang bodoh.
Ustaz kata apa? “Ikut kebenaran, jangan ikut lembu!” Haha, berderai gelak
semua. Namun, dalam maksudnya. Saya yang menyampaikan bukanlah bererti sayalah
yang paling baik dari kalangan kalian. Sama-samalah kita update and upgrade diri ke arah menjadi hamba Allah yang terbaik.
Insyaallah. Wassalam.
terima kasih perkongsiannya
BalasPadamDunia semakin panas, marilah menjawab survey dari Digi untuk menyumbang lihat sini
BalasPadamIlmu membuktikan kebesaran dan keagungan Allah...
BalasPadamAlhamdulillah atas perkongsian n salam ziarah =)
BalasPadamterima kasih atas perkongsian ini...Salam ukhuwah dari BUNDA...
BalasPadam