"Dengan mengingati Allah, hati PASti akan menjadi tenang."

JOM KE TAMAN SYURGA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog saya yang tidak seberapa ini. 

Tanya diri kita, apa khabar iman? Mudah-mudahan sentiasa ada improvement dalam tingkatan iman kita. Mudah-mudahan. Segala pujian bagi Allah yang masih mengurniakan kita nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat Islam. Tidak terhingga rasa syukur seharusnya dirafakkan ke atasNya. Zahirkan rasa syukur kita dengan perkataan, dengan perbuatan dan dengan apa sahaja cara. Jadilah kita hambaNya yang bersyukur dengan agar ditambahi lagi. Insyaallah. 

JOM KE TAMAN SYURGA
"Assalamualaikum ustazah, tengahari nanti nak minta tolong ustazah semakkan bacaan quran saya boleh?" sms diberikan kepada Ustazah Syamilah sewaktu kelas agar rancangan untuk bertemu ustazah tengahari itu dapat dilaksanakan. 

"Ustazah ada tazkirah bersama PUSPANITA UTeM, jomlah join," Allah. ketika itu terbayang urusan resume dan segala macam urusan kononnya sebagai alasan untuk diberi kepada ustazah. Hajatnya mahu bertemu sebentar sahaja untuk disemak bacaan quran yang sudah lama tidak disemak sejak Ramadhan lalu. 

Akhirnya, hadir juga. Dengar tazkirahnya seminggu sekali, urusan dunianya ada-ada sahaja. Kalau balikpun, masa berbaki nanti tidur juga. Syaitan dan nafsu jangan lupa ada. Dengan izin Allah, hadirlah saya menemani ustazah JOM KE TAMAN SYURGA.

UNTAIAN KETENANGAN MENYENTUH JIWA
"Perempuan ditekankan faktor pilihan, dan lebih penting adalah agama," antara kata-kata ustazah. Dalam satu halaqah saya bersama orang-orang yang jauh sangat-sangat hebat. Mereka terdiri dari staf-staf wanita, datin dan doktor. Semoga Allah berkati mereka. 

Para pembaca yang saya kasihi sekalian, 
hari ini, saya adalah seorang anak perempuan. Dan saya pasti, ada dalam kalangan pembaca blog saya sudahpun menjadi ibu. Dan saya pasti, ada dalam kalangan ibu-ibu telahpun diberikan rezeki oleh Allah untuk memiliki anak perempuan. Maka tajuk penyampaian JOM KE TAMAN SYURGA pada hari itu adalah berkenaan dengan didikan anak perempuan.

BENTUKLAH ANAK PEREMPUANMU INI
"Barangsiapa yang mengasuh atau memelihara dua orang anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari kiamat aku dengan dia seperti ini; sambil Nabi merapatkan harinya." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Bak kata ustazah, banyaknya ganjaran pastinya kerana nak buat tu pastinya mencabar. Ya, bukan mudah nak jaga anak. Anak itu adalah amanah dari Allah. Apatahlagi anak itu anak perempuan, seperti saya. Allahuakbar.. Kerenahnya, auratnya, pergerakannya, suaranya, akhlaknya, perlu halus didikannya. Yang mana mereka ini akan membesar dan bakal menjadi seorang isteri dan ibu. Perlu dididik dengan agama yang sesempurnanya. Fardhu ainnya yang lebih spesifik berbanding lelaki. Cabaran perempuan yang mudah terdedah dengan fitnah. 

Sebagai wanita, sedarlah bahawa melahirkan anak bererti kita melahirkan khalifah. Pembentukan peribadinya pula boleh diumpamakan seperti membuat kek. Rasa yang bagaimana kita mahu, begitulah hasilnya. Dan adakalanya, pasti ada terkurang rasa dan terlebih rasa jika bahan yang dituangkan tidak mengikut sukatan yang sepatutnya. Dan ada juga yang berjaya menghasilkan kek yang begitu sedap! Bagi saya yang tidak pernah dan belum 'reti' buat kek, kenalah belajar dari yang pakar. Mesti. Jangan bilang tidak. Ibu dulu wajib pelajari. Ibu sendiri perlu ajar anak-anak ini, guru-guru di sekolah hanyalah sokongan apabila berada di luar rumah. 


DULU PELIK, KINI TERJAWAB
Saya pernah mengenali seorang kakak yang garangnya pada anak.. masyaallah.. Ketika itu timbul rasa tidak suka caranya mendidik anak. Garang. 'Bekeng.' Rupanya-rupanya, ketika usia 7tahun, biasakanlah kita anak-anak ini dengan solat. Kemudian, apabila memasuki umur 10tahun, maka rotanlah jika tidak solat. 

Begitulah ilmu pendidikan anak-anak di dalam Islam yang saya sendiri di saat ini, sangat banyak perlu belajar. Dan sepanjang bersama mereka, saya dapat merasakan betapa syukurnya saya dan berterima kasihnya saya kepada ayah dan ibu khususnya, dan terlalu rasa syukur kepada Allah yang telah memberi saya peluang berada dalam satu jalan tarbiyah. Bersama-samalah kita mencari jalan menuju hidayah Allah melalui majlis-majlis ilmu. Biasakan suasana kita dengan suasana yang baik-baik, dengar lagu nasyid, bergaul dengan orang-orang baik. Mungkin orang kata, Islamiknya dia ni, kata seorang sahabat saya menjawab, "salahkah aku jadi orang yang islamik sebab aku memang orang Islam." 

Saya yang berkata bukanlah saya yang terbaik. Bersama-samalah kita menjadi individu Muslim yang baik, membentuk keluarga Muslim yang baik, membentuk masyarakat yang baik, dan akhirnya, mudah-mudahan negara kita tertegak menjadi negara Islam yang sebenar yang mendorong ke arah khalifah Islam semula. ALlahumma amin!

Terima kasih semua. Terima kasih kepada Ustazah Syamilah, terima kasih kepada ayah dan ibu, terima kasih sahabat-sahabat. Wassalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan