Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum
wbt dan selamat sejahtera
Pertama dan
selama-lamanya, hendaklah kita merasakan syukur ke hadrat Allah swt atas segala
nikmat yang tidak terhingga yang diberikan kepada kita. Namun, sifat syukur
kita dengan apa yang ada bukan bererti kita berhenti daripada terus berusaha
untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Hendaklah kita ingat, bahawa
kita hendaklah beribadah seperti kita akan mati esok hari, dan berusaha seperti
kita akan hidup selama-lamanya.
Para pembaca sekalian,
sedang saya ‘berjalan-jalan’ di laman sosial mukabuku, terjumpa perkongsian
tersebut dan saya fikir menarik untuk saya kongsikan kepada kalian. Cuma,
jangan Tanya saya lepas ni ye, “Nadia bila lagi?” kerana bak kata seorang
sahabat pun, itu rahsia Allah. Selagimana Allah kata saya belum bersedia,
bermakna, membujang itu lebih baik. Hehe.
Semoga bermanfaat.
HAKIKAT SEBENAR
KEHIDUPAN PASANGAN SUAMI ISTERI SEBELUM DAN SELEPAS...
1. KETIKA MENCARI
CALON
Janganlah mencari
isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi
carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang
meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada ALLAH SWT melalui
orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan
menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan ALLAH SWT.
4. KETIKA RESEPSI
PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua
tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk
mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI
kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM
PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH
HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan
yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar
yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA KEADAAN
RUMAH TANGGA MULA GOYANG..
Jangan saling berlepas
tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM
MEMPUNYAI ANAK...
Cintailah isteri atau
suami anda 100%
9. KETIKA TELAH
MEMPUNYAI ANAK...
Jangan bagi cinta anda
kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda
100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI
KELUARGA MEROSOT...
Yakinlah bahawa pintu
rezeki ALLAH SWT akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan
suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI
BERKEMBANG...
Jangan lupa akan jasa
pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12.KETIKA ANDA
ADALAH SUAMI...
Boleh bermanja-manja
kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila
isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA
ADALAH ISTERI...
Tetaplah berjalan
dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua
pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK
ANAK...
Jangan pernah berpikir
bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada
anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK
BERMASALAH...
Yakinilah bahawa tidak
ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada
adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA SAKIT...
Selain minum &
makan ubat, perhatian suami, isteri juga sangat membantu proses kesembuhan.
17.KETIKA INGINKAN
KEAMANAN DAN HARMONIS SENTIASA...
Gunakanlah formula 7 K
1.Ketaqwaan kepada
ALLAH SWT. 2.Kasih sayang. 3.Kesetiaan 4.Komunikasi 5.Keterbukaan. 6.Kejujuran.
7.Kesabaran.
*******************************************
Saya yang berkata-kata
bukanlah bererti saya yang terbaik. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan