بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat pembaca yang dikasihi sekalian.
Ramadhan semakin hampir ke
pengakhirannya. Aduhai, kehadiran Syawal bagaikan terlebih dahulu diraikan
melebihi penyempurnaan Ramadhan sehingga saat-saat yang dijanjikan untuk meraih
takwa banyak dilepaskan. Lagu-lagu raya semakin rancak kedengaran. Hanya
IKIM.fm yang masih memujuk jiwa yang masih ingin meniti dan ‘memujuk Ramadhan
agar jangan pergi dulu’.
Menyedari Ramadhan yang kita
lalui pada kali ini semakin hampir meninggalkan, termenung seketika memikirkan
sama ada peluang ini akan hadirkah lagi pada masa akan datang? Pastinya tiada
seorang pun yang ada jawapannya. Bukanlah maksud saya untuk menghalang para pembaca
sekalian daripada kita menyambut Syawal dengan meriahnya, tetapi saya ingin
memastikan agar kita benar-benar kembali kepada matlamat asal kita untuk
melaksanakan dan mengisi Ramadhan kita dengan pengisian yang sempurna. Sungguh, peluang
untuknya masih ada, masih ada. Ayuhlah wahai diri, ayuhlah wahai pembaca yang
budiman sekalian, kita nikmati indahnya malam-malam 10 Ramadhan terakhir untuk berbicara dengan Pencipta di saat yang lain begitu asyik dengan buaian mimpi yang
lena.
Sepertimana dengan Bazar Ramadhan, makin banyak keluar duit, makin banyaklah 'belian' juadahnyakan? Begitulah perumpamaannya, makin banyak masa menonton, makin game, borak-borak dan pelbagai perkara lagha yang kita korbankan untuk melaksanakan ibadah kepada Allah, pastinya banyak jugalah hasilnya insyaallah. Namun, yang pasti, dan lebih penting, diterima oleh Allah swt hendaknya.
Dan dalam doa-doa kita untuk mendapatkan keampunan Allah, mendapat redha Allah, memohon kepada Allah diberi kekuatan agar kita istiqamah, janganlah kita lupa untuk selitkan juga doa untuk saudara-saudara kita di Syria, di Palestin, di Rohingya dan seluruhnya agar dilindungi oleh Allah, dan disentuh hati kita ini agar tidak ketinggalan daripada mengambil berat tentang ummat Islam.
Akhirnya, marilah kita ‘update
dan upgrade’ diri kita untuk memastikan prestasi puasa kita pada tahun ini
masih berterusan hingga ke akhirnya. Jika masih kurang dan tidak berpuas hati
lagi, kita masih ada sisa-sisa waktu untuk kita memecut menuju ke penghujungnya
dengan sebaik-baik dan semampu kita. Insyaallah. Semoga Allah berikan kita
kekuatan tersebut. Berdoalah kepadaNya. Lahaulawalaquwwataillabillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan