Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt dan
selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.
Segala puji bagi Allah swt atas
segala-galanya yang telah diberikan kepada kepada kita terutama nikmat iman dan
nikmat Islam. Mintalah kepada Allah swt tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan
iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke syurgaNya dengan iman. Iman, iaitu
kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan
amalan zahir dan membenarkan dengan hati. Selawat dan salam atas junjungan
besar kita, Nabi Muhammad saw.
TANGGUNGJAWAB DAN KASIH SAYANG
Pada suatu malam, sedang saya
mengulangkaji pelajaran di meja belajar, maklumlah ketika itu masih dalam
minggu peperiksaan, mendapat panggilan telefon,
“Nadia, Nadia ada paper tak esok?”
“Takde kak, Cuma nanti bila dah start berderet. Kenapa kak? Ada apa-apa
ke?”
“Nadia, tasnim accident. Nak minta tolong Nadia ke sana
boleh?”
Terdiam seketika.. menelan air
liur.. ‘Adik aku.’ Tasnim merupakan salah seorang ahli Badar UTeM yang komit
dan sangat rapat dengan saya. Persoalan dari ahli rumah tentang dengan siapa
tasnim accident, mereka naik apa, kemalangan
langgar apa, dijawab dengan wajah yang risau tanpa kata. Linda, sahabat saya
diminta untuk sama bersiap menemani saya. Tanpa banyak soal dan tanya, dituruti
sahaja.
“Nadia boleh pergi hospital ke? “Tak
kisah ke?”
“Takkan kes camni ana nak berkira
kak?” Respon saya begitu spontan.
SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA
Setibanya di hospital, kami ke
sana ke mari mencari adik-adik kami. Seorang wanita bertudung labuh dan sopan
berbaju kurung menghampiri kami.
“Dari UTeM ke?”
“Ye makcik. Makcik?”
“Makcik mak Hajar.” Ujar makcik
memperkenalkan diri. “Ada di zon merah katanya.” Berkerut dahi saya.
“Zon merah? Teruk tu.” Bisik
Linda (ada yang panggil Dayang) menghampiri saya. Abg Rahman (yang merupakan mantan YDP Badar UTeM sesi 2010/2011) yang telah menguruskan mereka sedari awal
mereka diturunkan dari ambulan meminta diri kerana ada peperiksaan esok
harinya. Malam itu juga, Ibu Solehah datang dari Terengganu, baru lepas seminar
terus ambil flight ke KL dan terus bergegas ke sini bersama dengan ayahnya dan
beberapa orang ahli keluarga. Ayah Siti Hajar kelihatan gelisah, ke hulu dan ke
hilir. Ibu ayah Azizue juga datang ke hospital beberapa hari selepas itu dari
Terengganu, kemudian dibawa pulang anaknya. Tasnim yang mengalami kecederaan
paling ringan malam itu kami hantar pulang ke hostel atas permintaan dia.
Kawasan tempat menunggu kecemasan kelihatan ramai orang dengan kehadiran
sahabat-sahabat dari UTeM dan luar UTeM. Malam itu, hanya tinggal Azizue dan
Hajar yang dinantikan berita.
Sekitar jam 8pagi sehari selepas
kejadian berlaku, saya datang semula ke hospital. Terus ke zon merah hospital,
dimaklumkan Siti Hajar telah dipindahkan ke wad icu Mawar. ‘Allahuakbar, kenapa
sampai icu?’ Mujurlah pagi itu bersama dengan kakmiza. Kakmiza menemai Azizue
dan saya bergegeas ke icu. Sampai di icu, “Siti Hajar? Awak siapa? Doktor cari
waris.” Kata nurse di situ.
“Makcik pergi mana?” Saya
mengomel sendirian. “Takpe la, saya pergi cari sebentar.”
Tak tahu saya nak gambarkan
bagaimana situasi makcik masa saya jumpa dia di tempat menunggu kecemasan.
Masih tersenyum, tetapi, tetapi, tetapi, jalannya, cara cakapnya, jelas
menunjukkan dia tidak tidur sepanjang malam, semestinya tidak juga makan.
“Makcik.. mari ikut saya meh,
doktor cari…” Diikutkan sahaja ke mana arah yang saya pimpinkan.
KASIH AYAH TIDAK DILUAH DENGAN
KATA-KATA
Selesainya semua paper, saya
bersama beberapa orang sahabat mengambil barang-barang Siti Hajar di hostel untuk
diserahkan kepada keluarganya. Janji untuk berjumpa dan pindahkan barang dari
kereta ke kereta di hospital sahaja.
“Assalamualaikum pakcik, saya dah on the way
ke hospital. Pakcik di mana ya?” saya memulakan bicara di telefon dengan salam.
“Pakcik ada kat wad ni. Taukan
wadnya?” Seakan meminta saya hadir. Asalnya tidak berhajat untuk naik
berziarah, kerana ada urusan yang ingin dikejarkan selepas itu. Namun hati saya
kuat ingin datang juga ke wad walhal jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 7
malam, menunjukkan masa melawat telahpun tamat. Dengan izin Allah, makcik guard
buat tak nampak sahaja masa saya masuk, dan tiada pula yang meminta saya
keluar. Apakah yang Allah nak tunjukkan sebenarnya?
Langkah terhenti saat melihat
Siti Hajar dari jauh. Hati tertanya apa yang berlaku? Penuh dengan tong-tong
gas di tepi-tepi katil. Update dari mesej makcik gagal untuk buat saya
gambarkan situasI yang saya lihat depan mata ketika itu. Mungkin kerana itulah juga
pakcik minta saya datang. Dengan laju saya melangkah mendapatkan makcik. “Dia
tak boleh nak bercakap.” Suara makcik seakan tegas. Pakcik pula minta saya
bercakap dengan Hajar, seboleh-boleh minta saya duduk dekat dengan Hajar di
sebelah katil, saya turutkan dengan perasaan serba salah. Saya menelan air liur
menahan rasa sebak yang memenuhi dada. ’Nadia kau jangan nangis Nadia..’ seakan
memujuk diri. Saya senyum sungguh-sungguh, memandang matanya seolah memberi
semangat yang sedia ada kuat.
Saya usap dahi Hajar. Saya nampak
dia menarik nafas dengan sungguh-sungguh. Makcik kata dia sedang melawan rasa
sakit. Nampak wajahnya begitu semangat walaupun telah dililit dengan
wayar-wayar.
“Hajar kena kuat tau.” Saya
tersenyum seolah memberi kata semangat. Itu sahaja yang terucap. Kalau tidak,
saya yang menangis di situ rasanya. Saya pandang pakcik dan memberi isyarat
untuk ke kereta. Allah mudahkan urusan untuk membantu keluarga ini. Banyak
sangat. Kebetulan kereta diparking rupanya searas sahaja. Masa pindahkan
kereta, suara pakcik lemah dengar dia jawab telefon. ‘Prestasi dia makin menurun.’ Jawab pakcik
pada yang menelefon.
Selesai angkat barang, saya minta
diri. “Terima kasih ye. Terima kasih tolong Hajar.” Nampak airmata pakcik mengalir,
suara terketar. Saya tak tahan… tunduk dan bergerak cepat. Dah tak tahan dah
masa. Airmata dah cukup takung. Sambil memandu saya menangis tersesak-esak.
PENGORBANAN AYAH DAN IBU
Makan minum mereka tidak terjaga,
bayangkan pakcik tidak makan ubat darah tinggi setelah berhari-hari bermalam
dan menghabiskan masanya di hospital. Malah nama ubat juga dia terlupa.
Melihatkan wajah pakcik, melihatkan wajah makcik, saya teringat ayah dan ibu
saya.
Ya Allah, adakah kerana ini Kau minta
kami sebagai anak jangan sekalipun berkata ‘ah’ kepada ayah dan ibu kami? Walau
mereka teruk? Walau mereka buat maksiat? Tidak layakkan kami membenci mereka?
Ya Allah….
Malam saat diberitahu untuk
‘melepaskan’ anaknya, pakcik memberi pelbagai alasan. Nanti atok marah, nanti
itu.. nanti ini.. lebih rela dia menanggung anaknya yang sudah sepastinya
lumpuh daripada kehilangan? Begitu berat gambaran untuk dia melepaskan Hajar pergi. Allahuakbar.. Allahuakbar..
Kalaulah saya ditempat Hajar saat itu, 1001 penyesalan saya gambarkan. Betapa saya bukan
seorang anak yang baik.. menanti penuh sabar.. dia pasti seorang anak yang baik. Sehingga makcik menyatakan syukur
kerana diberi pinjaman Allah dengan seorang anak yang baik selama 20 tahun.
Kita? Adakah selama mana umur kita hidup sudah cukup kita menjadi anak yang
baik kepada ayah dan ibu kita?
Berbuat baik kepada ayah dan ibu
merupakan amanah. Jawatan kita sebagai seorang anak adalah amanah. Kita yang
masih hidup, salah satu jawatan kita adalah sebagai seorang anak. Sekalipun ayah dan ibu dah pergi, kita tidak akan diturunkan pangkat melainkan kita sendiri yang mendahului. Kerana saat itu, terhenti sudah segala amal kita.
Firman Allah swt di dalam surah
al-Ahqaf ayat 15 yang bermaksud, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada
kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan
telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya
beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan
sampai ke peringkat umut empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata, “Wahai
Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau
kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal
soleh yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke
dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan
sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk dan patuh kepadamu).”
Assalammualaikum dan salam ukhwah fillah drpd akak..ini ulasan buat pertama kalinya dripada akak..terlalu banyak peringatan dan pesanan daripada Allah pada kita walaupun melalui kesedihan orang lain..Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia2..moga Allah merahmati Allahyarhamah Siti Hajar..dan dia aman serta bersemadi tenang di sana..amin..
BalasPadamsalam..maaf kerna menanyakan soalan ni....
BalasPadamboley WAWA tw cmne HAJAR boley accident???
alaik salam.. mereka naik kereta berempat wawa.. hajar duduk dibahagian belakang (tengah). nak dijadikan sebab..:) Allah nak ambil dia.. :)
PadamAl Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkN dikalangan orang2 yg beriman..saya terkedu mmbaca kisah ini n mngingatkan sy pada kematian serta memberi pengajaran yg berguna...
BalasPadamAl Fatihah, tidak Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia2. Terimakasih atas perkongsian ini.
BalasPadamAl- Fatihah - ALLAH sayangkan Hajar. semoga roh ditempatkan dikalangan orang beriman. Tersentuh hati baca semua ni. Subhanallah.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamassalamualaikum , Al-fatihah , catatan ini juga menunjukkan ana betapa kerdilnya ana dimuka bumi ini . Betul-II buatkan ana tersentap . Semoga catatan ini membentuk kita lebih beriman & tidak berhenti berdakwah =)
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamsayu hati akak tengok sahabat² allahyarhamah Siti Hajar mase kat unit kecemasan pagi tu.. kebetulan akak bwk anak ke g.h Melaka dlm kul 4 pagi. hati ne tertanya² wat happen dgn adik² yg cantik berpakaian tudung labuh n berjubah ni... tak sangka pula.. anyway, kita yg msh ada d mukabumi Allah ni.. jgn berputus asa untuk terus berjuang d jalan Allah. Semoga kita beroleh kejayaan di dunia wal akhiro.. Al- Fatihah buat semua...
cerita yg sgt menjadi pengajaran buat sy,tersentuh hati smpai mengalir air mata, moga kita semua jadi yg terbaik
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamAl-fatihah buat allahyarhamah siti Hajar
Allah lebih menyayangi siti Hajar
semoga roh allahyarhamah di tempatkan di sisi sisi orang yang beriman, aminn