Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera
Alhamdulillah.. walaupun tak dapat kongsikan apa-apa dari saya sendiri tapi alhamdulillah saya dapat berkongsi sesuatu dari sahabat lain untuk dikongsikan kepada pembaca sekalian.
Saya kongsikan hasil hasil dari 'copy & paste'.
Menikahlah kerana agama agar kau tidak menderita
Diriwayatkan oleh Imam Yahya bin Yahya al-Naisaburi
rahimahullah yang berkata bahawa beliau pernah bersama dengan Imam Sufyan bin
Uyainah Rahimahullah apabila ada seorang lelaki yang datang dan mengadu kepada
Imam Sufyan berkenaan masalah rumahtangganya.
Kata lelaki itu, isterinya sering menghinanya dan
membencinya.
Lalu Imam Sufyan pun berkata, “Boleh jadi kamu menikahinya
kerana mahu meninggikan status kedudukanmu?”
Lelaki itu pun menjawab, “Benar wahai Abu Muhammad (kuniyah
Imam Sufyan).”
Maka Imam Sufyan pun berkata:
“Barangsiapa yang menikahi kerana mencari kedudukan yang
mulia maka dia akan diuji dengan kehinaan, barangsiapa yang bernikah kerana
harta maka dia akan ditimpa kefakiran, dan barangsiapa yang menikah kerana
agama maka Allah akan menghimpunkan baginya kedudukan dan harta bersama dengan
agama.”
Kemudian Imam Sufyan pun menceritakan,
“Kami mempunyai 4 orang adik-beradik. Iaitu Muhammad, Imran,
Ibrahim, dan diriku. Abang yang paling tua ialah Muhammad dan Imran pula yang
paling muda manakala aku pula ditengah-tengah. Apabila Muhammad mahu bernikah
maka dia ingin mencari kedudukan lalu dia pun menikahi seorang wanita yang
berkedudukan lalu Allah pun mengujinya dengan kehinaan. Imran pula menginginkan
harta maka dia pun menikahi wanita yang kaya lalu Allah membalasnya dengan
kefakiran. Semua hartanya diambil tanpa ditinggalkan sedikit pun.”
“Aku memerhatikan keadaan mereka lalu satu hari Ma'mar bin
Rasyad datang kepada kami dan aku pun meminta nasihatnya sambil menceritakan kisah
yang dihadapi oleh saudara-saudaraku. Maka beliau pun mengingatkan aku dengan
hadith Yah'ya bin Ja'dah dan hadith A'isyah RA.”
Adapun hadith Yahya bin ja'dah meriwayatkan bahawa Nabi
Salallahualaihiwassalam bersabda, “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara
iaitu kerana agamanya, kedudukannya, hartanya dan kerana kecantikannya.
hendaklah engkau memilih yang beragama nescaya engkau akan beruntung.' [riwayat
Al-Bukhari]
Sedang hadith A'isyah pula menyebut , “Wanita yang paling
berkah ialah yang paling murah belanja untuk menikahinya.” [Riwayat al-Nasaie]
Justeru aku pun memilih untuk menikahi wanita yang beragama
dan yang murah belanjanya menurut sunnah rasulullah salallahualaihiwassalam. Maka
Allah pun memberikan aku kedudukan, kekayaan dan juga agama.
[Tahzib al-Kamal, Al-Mizzi]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan