Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum dan
selamat sejahtera saya ucapkan buat pembaca blog dan entri saya pada kali ini.
Tersenyum-senyum saya keseorangan
di hadapan laptop. Bukan apa, sebab teringat kembali kisah bagaimana saya mula
belajar solat untuk pertama kalinya bersama ayah. Sebelum saya bercerita, dan
memanjangkan perkongsian saya, seperti biasa, saya mahu mengingatkan diri saya
dan pembaca sekalian agar ucapkanlah Alhamdulillah,
segala pujian bagi Allah dengan nikmat Iman dan nikmat Islam. Dengan nikmat
iman dan nikmat Islam ini mudah-mudahan kita dapat juga membezakan yang mana
yang hak untuk kita syukuri dan mana satu yang batil yang seharusnya kita
kesali.
SAAT-SAAT SWEET BELAJAR
SOLAT
“Ayah, along nak solat. Ayah ajar
boleh?” kelihatan ayah sedang berbaring di atas katil bujang di dalam sebuah
bilik kecil tingkat bawah rumah arwah nenek.
“Boleh, pergi ambil air sembahyang, pakai
telekung, along tahu pergerakan kan?” seingat saya ketika itu umur saya sekitar
darjah 1, 2 atau 3. Lewat sebenarnya. Namun syukur ada kemahuan untuk belajar.
Tambah syukur kerana ayah begitu supportive
untuk mengajar dan merasakan tanggungjawabnya untuk mengajar. Walaupun di sekolah
ada diajarkan cara-cara menunaikan solat, namun sekolah kebangsaanlah katakan,
tiada pula diDIDIK sampai pandai. Maka, kenalah usaha sendirikan?
Saya berdiri menghadap kiblat,
membelakangkan ayah yang masih berbaring.
“Usolli fardhu zohri ….” Ayah bersuara.
Saya turuti setiap bacaan ayah di dalam hati, berserta pergerakan yang sesuai
dengan qaulinya.
“Allahuakbar,” satu persatu rukun
dilepasi sehinggalah selesai. Begitulah hari demi hari sehinggalah kini saya
dapat menunaikannya sendiri.
AYAH SAYA
Ayah. Zakaria Bin Talib.
Kekurangannya pasti ada. Tak dinafikan kerna mana ada manusia yang sempurna?
Usianya semakin bertambah, anak daranya seorang ini pula semakin mendewasa.
Begitu juga anak bujangnya yang seorang.
Ayah seorang yang sangat supportive. Dalam banyak sudut, banyak
hal. Walaupun adakalnya ayah menentang, namun tentangan ayah ada sebabnya. Ada yang
dirisaukannya. Maaf ayah begitu mudah diperoleh. Kekecewaan ayah pada anak-anak
tidak pernah diluah dengan kata-kata. Begitukah sifat seorang lelaki mungkin?
Penglibatan aktif di sekolah
hinggalah ke kampus tidak pernah ayah bantah. Malah ayah sering memberikan
sokongan moral dan kata-kata perangsang agar anaknya terlibat dalam
aktiviti-aktiviti yang baik yang dapat mendorong ke arah pembentukan diri yang
baik. Ayah jarang marah. Dan jarang diluahkan dengan kata-kata.
“Takpe long, along tumpukan pada
kejayaan diri along,” baru-baru ini bila saya kecewa. Yang sedikit lebih
dihargai. Kata-kata yang pendek tetapi saya tahu, ayah begitu mengambil berat
perasaan dan keadaan anaknya.
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?
Mungkin ibu lebih kerap menelefon
utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah
yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Ayah selalu tanya," Telefon
lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."
Semasa kecil, ibu lah yg lebih
sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja
dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan
seharian..
Saat kita sakit atau demam, ayah
sering membentak "Kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah
bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat
risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta
izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "Tidak
boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi
ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah
pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... Maka
ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. ayah
marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar
lewat malam?
Setelah kita dewasa,ayah telah
menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan
macam-macam, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa
menolak, beliau memenuhinya..
Saat kamu berjaya..Ayah adalah
orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum
dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu
sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?
Sampai ketika jodoh kita telah
datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah.. Ayah sangat
berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di
atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia.. Apa kita
tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana
ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai
dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama
pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan
menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk
menjenguk..Deng an rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga
kita.. Itulah pengorbanan seorang ayah..
Apakah kita masih belum sedar?
masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? percayalah..
dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak
dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat
kita.. kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat..
Tahukah kita yang kita telah
berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama
yang kita berikan dekat ibu? kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan
mencium kamu??
# fikir-fikirkan lah wahai
kawan-kawan.. ayah dan ibu ade lah sgale galenya.. jgnlah sesekali abaikan
mreka..dan jangn sesekali membenci mereka..apa bila anda di tegur atau di
marahi kerana teguran mereka untuk kebikan kita semua...syggi la mereka semasa
mereka msh ada di dunia ini...:')
SUMBER
- - Solusi
- - Facebook Dato’ Tn Ibrahim B. Tn Man
Tiada ulasan:
Catat Ulasan