DENGAN
NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
ASSALAMUALAIKUM
WBT DAN SELAMAT SEJAHTERA..
Alhamdulillah..
bila kita tengok semulakan, setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita, tak
pernah Allah jadikan sia-sia. Yalah kan, mana mungkin Allah yang Maha Hebat
akan ciptakan dan jadikan sesuatu itu sia-sia, tiada sebab dan tiada tujuannya.
Mustahil.. mustahil..
BILA KITA FIKIR BEGITU
Bayangkan, sekejap lagi kita akan dirikan solat yang mana solat tersebut adalah solat terakhir dalam hidup kita. Aik, kenapa solat terakhir? Ya, kerna selepas itu kita sudah tidak berupaya mendirikannya lagi. Roh kita akan meninggalkan jasad. Mereka akan bercerai.
Bayangkan, sekejap lagi kita bersama ayah dan ibu buat kali yang terakhir. Bertemu dan memeluk sahabat-sahabat kita untuk seketika dan selepas itu, kita akan berpisah buat selama-lamanya di dunia. Kerna, selepas itu kita akan tinggal di alam yang lain. Di alam yang kekal abadi.
Dan bayangkan, sekejap lagi, kita akan dipersiapkan dengan pakaian "pengantin" yang tiada corak dan cutting. Didandankan serba pucat dan berpelaminkan tanah dan liang lahad. Tiada mas kahwin, tiada barang hantaran melainkan amalan kita di dunia yang sementara.
Maka, solat kita sekejap lagi adalah solat terbaik yang kita akan buat.
Maka pertemuan dan kebersamaan dengan mereka adalah kebersamaan yang paling indah dan sweet yang kita cuba buat.
Maka, kisah lagikah kita untuk bergelar pengantin di dunia?
Bayangkan, sekejap lagi kita bersama ayah dan ibu buat kali yang terakhir. Bertemu dan memeluk sahabat-sahabat kita untuk seketika dan selepas itu, kita akan berpisah buat selama-lamanya di dunia. Kerna, selepas itu kita akan tinggal di alam yang lain. Di alam yang kekal abadi.
Dan bayangkan, sekejap lagi, kita akan dipersiapkan dengan pakaian "pengantin" yang tiada corak dan cutting. Didandankan serba pucat dan berpelaminkan tanah dan liang lahad. Tiada mas kahwin, tiada barang hantaran melainkan amalan kita di dunia yang sementara.
Maka, solat kita sekejap lagi adalah solat terbaik yang kita akan buat.
Maka pertemuan dan kebersamaan dengan mereka adalah kebersamaan yang paling indah dan sweet yang kita cuba buat.
Maka, kisah lagikah kita untuk bergelar pengantin di dunia?
JIKA TERAKHIR BUATKU
"Oh
Tuhan, Hamba-Mu
ini kekeliruan.. Sukar
mencari jalan yang benar.. Kerna
dipaut hasut dunia.. Mencintai
yang lain lebih dari-Mu."
"Oh
Tuhan, Hidayah-Mu
pernah hadir, Hingga
kering airmataku menitis, Namun
terkadang aku berpaling, Kerna
mengejar nikmat dunia sementara."
"Hari
ini ku bimbangi, Jika
terakhir hidup, Adakah
lagi subuh esok, Untuk
ku bernafas, Dan
sujud mengabdi pada-Mu, Oh
Tuhan..."
"Berikan
daku kesempatan, Menebus
kesalahan, Lantaran
dosa dan noda, Dan
sengaja melupakanmu, Hadirkan
damai, Sebelum
di hujung nafasku."
"Oh
Tuhan, Berikan
daku petunjuk-Mu, Untuk
ku meniti ke jalan redha-Mu, Izinkan
daku mengulangi, Janji-janji
yang baru, Taubat
nasuha setulus untuk-Mu, Oh
Tuhan, Rahmat
kasihMu Tuhan, Ampunan-Mu
ku damba."
ALAM KUBUR
Kesibukan kita dalam
urusan keduniaan telah banyak membuat kita leka. Ya, kita kena berusaha dengan sehabis baik seolah-olah kita
akan hidup selamanya, dan kita juga hendaklah beribadah seolah-olah kita akan mati
esok hari.
Setiap antara kita akan menjadi mayat. Dan tempat tinggal sementara
kita adalah di dalam kubur. Kubur menjadi tempat sementara menanti tiupan
sangkakala pertama dan kedua. Apabila sangkakala kedua ditiupkan maka akan
bangkitlah kita dari kubur. Keadaan di dalam kubur pula sama ada menjadi tempat
istirahat kita ataupun tempat penyeksaan yang menyakitkan. Allahurabbi.. :’(
Di dalam kubur pula,
kita akan melalui beberapa fasa perubahan. Bayangkan, pada malam pertama lagi pembusukan
bermula pada daerah perut dan kemaluan. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi
hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat
di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna
sahaja.
Pada malam kedua, anggota-anggota
tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk. Seterusnya
hari ketiga, anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.
Seminggu setelah itu, wajah
dan mata mula membengkak. Setelah 10 hari, tetap terjadi pembusukan pada pada
anggota-anggota tubuh. Setelah 2 minggu, rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai
mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh
tubuh. 6 bulan berikutnya, semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang
rangka sahaja. Dan dalam tempoh 25 Tahun, rangka tubuh ini akan berubah menjadi
semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat
kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan
dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.
Sahabat-sahabat yang
dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh yang kita
berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya. Jangan, janganlah kita biarkan umur
dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji. Sesungguhnya janji ALLAH adalah benar.
SYURGA?
Mintalah pada Allah
agar ditempatkan di syurga firdaus. Minta. Dan usahakannya.
Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga
telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang
selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.
Mereka pun bertanya
tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat
sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia soalat bersama kami, puasa bersama
kami dan berjuang bersama kami."
Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke
Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya
sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak
dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Basri
berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at
pada hari Kiamat nanti".
Ibnul Jauzi pernah
berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak
menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada
Allah tentang aku:
"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan,
sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia
bersama kami di Syurga-Mu"
Carilah seberapa ramai
sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.
PERJALAN YANG JAUH
Syurga atau neraka? Perjalan
melalui titian sirat? Bagaimana saat
kita berhadapan dengan Allah kelak? Sudikah Allah melihat kita? Saat ditimbang
amalan kita, adakah cukup untuk kita masuk ke syurga Allah? Atau kita
berimpikan neraka yang tidak tertanggung kita menghadapinya?
Ya Allah.. kita sering
lupa bahawa dunia ini sementara. Adakalanya kita merasakan kecewa kerna tidak
mengecapi kebahagiaan di dunia. Sedangkan bukankah kebahagiaan di akhirat itu kebahagiaan sebenarnya? Kebahagiaan yang kekal abadi selamanya. Sungguh!
Seharusnya kita
bimbang.. apabila kehidupan kita di dunia gagal kita manfaatkan sebagai bekalan
terbaik bagi kita menuju akhirat. Seharusnya kita bimbang… kerna kita tak tahu
nasib kita di sana bagaimana. Sedangkan Saidina Umar al-Khattab yang cukup
soleh itupun, katanya, “Semua ke syurga, kecuali dia, kubimbangi, dialah diriku…”
“Ya ALLAH, Dzat yang
membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU. Ya ALLAH,
jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan
jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka. Aaamiiin Ya
Robbal Alamiiin.”
Sumber: Beberapa Bacaan dari FB dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan